SURECO Bersama MuhibahDotNet

SIAPA LAGI YANG NAK TOLONG ORANG KITA JIKA BUKAN KITA SENDIRI

Sunday, October 29, 2006

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

Risiko Pengambilan Gula Berlebihan

Berikut adalah beberapa cara bagaimana gula boleh memusnahkan hidup anda jika diambil secara berlebihan. Ia dikumpulkan daripada pelbagai jurnal perubatan dan penerbitan saintifik.

  • Gula mempercepat proses penuaan
  • Melemahkan daya tahan badan melawan penyakit berjangkit
  • Menjadi makanan sel-sel kanser dan dikaitkan dengan perkembangan kanser payu dara, ovari, prostat, rektum, pankreas, saluran hempedu, paru-paru, pundi kencing dan perut
  • Menyumbang kepada obesiti
  • Meningkatkan adrenalin secara mendadak menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, sukar menumpukan perhatian, cemas dan berfikiran aneh
  • Trigliserid dan kolesterol jahat meningkat dengan ketara manakala kolesterol baik berkurangan
  • Tisu hilang kekenyalan dan fungsi
  • Meningkatkan tahap glukos, menyebabkan hipoglisemia reaktif
  • Melemahkan daya penglihatan
  • Pelbagai masalah saluran gastrousus seperti saluran pencernaan berasid, ketidakhadaman, malresapan di kalangan pesakit yang mengalami kesukaran usus, meningkatkan risiko penyakit Crohn's dan kolitis ulseratif
  • Ketagihan alkohol
  • Air liur menjadi berasid, kerosakan gigi dan penyakit periodontal
  • Penyakit autoimun seperti artritis, asma, sklerosis multipel
  • Membantu pertumbuhan jangkitan yis Candida Albicans yang tidak terkawal
  • Penyakit batu karang
  • Apendisitis
  • Buasir
  • Vena varikos (pembuluh darah mengembung, memanjang dan berbelit-belit)
  • Meningkatkan tindak balas glukos dan insulin bagi pengguna pil kontraseptif/perancang
  • Menyumbang kepada osteoporosis
  • Mengurangkan sensitiviti insulin, oleh itu menyebabkan tahap insulin yang tinggi dan tidak normal dan lama-kelamaan diabetes
  • Mengurangkan tahap vitamin E
  • Meningkatkan tekanan darah sistolik
  • Menyebabkan mengantuk dan mengurangkan aktiviti kanak-kanak
  • Memusnahkan protein dalam badan
  • Mengganggu penyerapan protein
  • Alahan makanan
  • Toksemia/keracunan darah semasa hamil
  • Ekzema/radang kulit pada kanak-kanak
  • Aterosklerosis (penyakit pada pembuluh darah ke jantung) dan penyakit kardiovaskular/jantung
  • Merosakkan struktur DNA
  • Meminda struktur protein dan menyebabkan pengubahan kekal terhadap cara protein bertindak dengan tubuh
  • Kulit menjadi tua disebabkan oleh perubahan struktur kolagen
  • Katarak dan rabun dekat
  • Emfisema (udara dalam tisu)
  • Melemahkan homeostasis fisiologi sistem-sistem dalam badan
  • Mengurangkan kebolehan enzim berfungsi
  • Pengambilan gula adalah lebih tinggi di kalangan pesakit Parkinson's
  • Meningkatkan saiz hati dengan cara membahagikan sel-sel hati. Ia juga boleh meningkatkan jumlah lemak hati
  • Buah pinggang menjadi besar dan menghasilkan perubahan patologi buah pinggang seperti batu karang
  • Merosakkan pankreas
  • Meningkatkan pembendungan cecair dalam badan
  • Musuh nombor satu pergerakan usus (membuang air besar atau kecil)
  • Memberikan kesan terhadap lapisan kapilari/pembuluh darah yang sangat kecil
  • Tendon rapuh
  • Sakit kepala, migrain
  • Mengurangkan keupayaan belajar, gangguan pembelajaran di kalangan kanak-kanak
  • Meningkatkan gelombang otak delta, alfa dan teta sekali gus menjejaskan kebolehan berfikir dengan jelas
  • Kemurungan
  • Meningkatkan risiko penyakit gout dan Alzheimer
  • Ketidakseimbangan hormon seperti peningkatan estrogen lelaki, memburukkan sindrom prahaid dan mengurangkan pertumbuhan hormon
  • Pening
  • Meningkatkan radikal bebas dan tekanan oksidatif
  • Meningkatkan dengan ketara lekatan platelet di kalangan pesakit vaskular periferal
  • Risiko yang meningkat dua kali ganda untuk melahirkan bayi pramatang
  • Gula merupakan bahan yang boleh menyebabkan ketagihan dan memabukkan seperti alkohol
  • Memberikan kesan terhadap penghasilan karbon dioksida jika diberikan kepada bayi pramatang
  • Kurang mengambil gula pula boleh meningkatkan ketidakstabilan emosi
  • Badan anda mengubah gula menjadi dua hingga lima kali lebih berlemak di dalam aliran darah berbanding kanji
  • Penyerapan pantas gula menggalakkan pengambilan makanan berlebihan di kalangan orang obes
  • Memburukkan gejala kanak-kanak yang mengalami ADHD
  • Menjejaskan komposisi elektrolit air kencing
  • Memperlahankan fungsi buah pinggang
  • Merangsang proses metabolik tidak normal di kalangan individu yang sihat dan menggalakkan penyakit degeneratif/kemerosotan kronik
  • Memberikan air gula secara intravena (ke dalam vena) memutuskan bekalan oksigen ke otak
  • Meningkatkan risiko polio
  • Tarikan sawan
  • Tekanan darah tinggi di kalangan orang obes
  • Di unit rawatan rapi (ICU), mengehadkan pengambilan gula boleh menyelamatkan nyawa
  • Mendorong kematian sel
  • Di kem-kem pemulihan semula juvenil di mana kanak- kanak diberikan diet rendah gula, terdapat 44 peratus penurunan dalam tingkah laku antisosial
  • Dehidrasi/kehilangan/kekurangan air di kalangan bayi baru lahir
  • Penyakit gusi.
(Nancy Appleton, Pengarang buku Lick The Sugar Habit)

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH