SURECO Bersama MuhibahDotNet

SIAPA LAGI YANG NAK TOLONG ORANG KITA JIKA BUKAN KITA SENDIRI

Sunday, December 18, 2005

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

Skim PIRAMID di Internet

Kini penganjur skim piramid telah menggunakan internet sebagai saluran untuk melebarkan aktiviti mereka. Sebuah syarikat di U.K telah menganjurkan satu skim, iaitu mereka yang ingin menyertainya perlu membeli emas bernilai US$50.00 bersamaan RM189.83 (US$1=RM3.80). Ini membolehkan mereka membuka sebuah akaun dengan syarikat tersebut. Emas tersebut akan disimpan oleh syarikat itu.

Peserta kemudiannya diminta untuk menaja dua orang yang secara cartanya diletakkan di sebelah kiri dan kanannya. Mereka juga perlu membayar US$50. Dua orang yang ditaja itu juga diminta menaja dua orang lain di bawah mereka dan begitulah seterusnya. Sekiranya peserta pertama tadi telah berjaya mendapatkan enam orang di bawahnya, maka dia berkelayakan untuk mendapat komisen sebanyak US$30 bersamaan RM113.90. Lebih ramai peserta yang ditaja di bawah downlinenya, maka bertambah banyaklah ganjaran komisen yang diperolehi.

Syarikat ini memang bebas beroperasi di internet. Namun masalahnya sekiranya para peserta yang menyertai skim ini menghadapi masalah, tidak ada jaminan untuk mendapatkan wang mereka semula. Dan, pihak penganjur juga tidak boleh didakwa di Malaysia kerana belum wujudnya Akta Transaksi Elektronik.

Sebelum ini sebuah syarikat yang mempunyai modus operandi yang sama telah didakwa di mahkamah. Syarikat tersebut, GoldQuest International Ltd, yang beribu pejabat di Hong Kong dan mempunyai pejabat cawangan di Petaling Jaya, telah didakwa kerana beroperasi tanpa lesen. Kes tersebut masih dalam perbicaraan.

Kini, berleluasa juga skim berbentuk piramid yang dibuat secara surat berantai. Peserta yang berminat diminta untuk memasukkan wang ke dalam akaun bank tiga peserta yang dinyatakan dalam surat tersebut. Kemudian dia dikehendaki membuat salinan seberapa banyak yang boleh dan dan meletakkan namanya serta nombor akaun bank di tempat ketiga. Salinan-salinan tersebut perlu dihantar pula kepada sesiapa sahaja, sama ada secara pos, memasukkan dalam peti surat, pada kenderaan atau di tempat tumpuan umum.

Hairannya, biarpun telah ramai yang terkena dengan skim piramid ini, namun masih ramai lagi yang ingin menyertainya.

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH