SURECO Bersama MuhibahDotNet

SIAPA LAGI YANG NAK TOLONG ORANG KITA JIKA BUKAN KITA SENDIRI

Saturday, April 15, 2006

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

MOTIVASI : Tabiat Membuang Masa

Pastikan anda tidak mempunyai sifat-sifat ini.
  1. Tidak mempunyai matlamat
  2. Tidak merancang kerja
  3. Tidak melaksanakan rancangan
  4. Menangguh-nangguhkan kerja
  5. Menunggu hingga ke saat akhir
  6. Kerja ringan buat ramai-ramai
  7. Menunggu orang yang tidak penting
  8. Mengikut kawan tanpa tujuan sendiri
  9. Buat terlalu banyak kerja dalam satu masa
  10. Bekerja apabila disuruh sahaja
  11. Tidak pandai menyimpan barang sendiri
  12. Tidak guna alat yang memudahkan kerja
  13. Malu bertanya
  14. Belajar ditempat yang tidak sesuai
  15. Belajar pada masa yang tidak sesuai
  16. Membebel
  17. Membuat kesilapan yang sama
  18. Tengok TV terlalu lama
  19. Mengelamun
  20. Bersembang kosong.

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

MOTIVASI : Kisah Penjual Tempe

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe be liau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi Allah tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya! Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin" Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya! Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin". Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!!

Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Allah dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar.

Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya! Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Allah tidak adil. Allah tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya! Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Ya! Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin". Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah.

Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Allah...

Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Allah sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Allah lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Allah akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga: Tiada yang mustahil bagi Allah

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

Tuesday, April 11, 2006

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

MOTIVASI : 10 Langkah Mewujudkan Keyakinan Diri

Berikut merupakan 10 langkah yang ringkas ke arah mewujudkan keyakinan diri:

  1. Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain.
  2. Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?
  3. Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya.
  4. Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif
  5. Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.
  6. Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.
  7. Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu.
  8. Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.
  9. Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.
  10. Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas.

INSYALLAH ANDA AKAN DAPAT MENILAI BETAPA BERHARGANYA DIRI ANDA!

SESUNGGUHNYA ANDA ADALAH INSAN YANG MULIA. INSAN YANG MULIA MEMPUNYAI POTENSI. DAN SETIAP POTENSI HARUS DIUSAHA UNTUK MENDAPATKAN HASILNYA!

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

Monday, March 27, 2006

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

Kenapa Ramai Gagal Dalam MLM?

Walaupun terdapat banyak kisah-kisah kejayaan dalam MLM, namun terdapat ramai di antara kita yang masih gagal mencipta pendapatan dalam industri ini. Berikut adalah beberapa punca UTAMA kegagalan:
  • Kegagalan menangani penolakan dari prospek-prospek yang ditemui.
  • Terlalu bergantung kepada ‘upline’ untuk berjaya dari berusaha sendiri.
  • Gagal mengekalkan semangat ingin berjaya disebabkan oleh tekanan atau halangan.
  • Mempercayai kejayaan boleh dicapai tanpa usaha keras.
  • Gagal menyampaikan apa yang ditawarkan oleh industri ini kepada bakal pengedar.
Secara ringkasnya, faktor-faktor tersebut akan menyebabkan pengedar gagal membina rangkaian yang besar dan seterusnya pendapatan yang diinginkan tidak boleh dicapai.

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

Wednesday, March 22, 2006

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

Serba Ringkas Teknik Perniagaan

Bagaimana anda ingin berjaya di dalam perniagaan yang berasaskan Multilevel Marketing / Network Marketing terutamanya perniagaan yang kita jalankan ini? Disini ada sedikit tips yang dapat kami kongsikan secara ringkas dan serba sedikit untuk tatapan anda. Kami akan menambah lagi dari semasa ke semasa agar kita sama - sama dapat memajukan diri kita bersama.

1. Matlamat Anda
Apa yang anda inginkan di dalam hidup anda? Apakah perkara yang anda ingin kecapi? Apakah impian anda dan keluarga? Kami pasti, anda mengimpikan kehidupan yang senang, bahagia dan ceria disamping keluarga anda yang tercinta. Anda juga ingin kebebasan daripada masalah kewangan. Setiap manusia ingin hidup senang dan mewah. Tetapi berapa ramaikah mereka yang benar - benar berusaha kearah itu? Berapa ramaikah di antara mereka yang benar - benar berazam untuk berusaha dan berusaha dan berusaha tanpa mengenal erti penat lelah? Oleh itu, tetapkan matlamat dan pendirian anda untuk mencapai apa yang anda impikan. Jangan mudah mengalah dan putus asa jika tidak berjaya pada awalan. Pastikan anda akan berjaya juga. Semua insan pasti akan berjaya jika mereka tidak kenal erti kegagalan dan putus asa.

2. Sabar
Dalam perniagaan MLM ini, apa yang penting adalah kesabaran. Anda perlu bersabar dari pelbagai segi. Bidang ini melibatkan hubungan antara manusia dan manusia. Perkara inilah yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Anda terpaksa berdepan dengan pelbagai kerenah dan ragam manusia ketika menjalankan tugas anda sebagai Usahawan MLM. Ada ketikanya anda akan tidak dilayan, ditolak penerangan, dimarah, dianggap penipu dan sebagainya ketika menjalankan perniagaan ini. Oleh itu, anda kena tabah dan sabar ketika menghadapinya. Seseorang yang mudah mengalah dan putus asa tidak akan dapat untuk memajukan dirinya. Pastikan anda tidak tergolong dalam golongan - golongan yang sedemikian.

3. Yakin
Yakin bahawa anda boleh buat. Jangan fikir "aku tak boleh buat. Aku tak ada masa. Aku tak pandai bercakap. Aku tak ada pengalaman." Dan macam - macam lagi pemikiran negatif yang bermain - main diminda. Jika anda sudah berfikir begitu, ini bermakna anda telah membina satu tembok besar yang menghalang anda untuk berjaya. Anda seharusnya yakin bahawa anda boleh melakukannya. Mengapa? Selagi anda berusaha, selagi anda mencuba, selagi anda inginkan kejayaan, maka anda pasti boleh melakukan. Anda perlu yakin pada diri sendiri. Anda yang menentukan nasib diri anda sendiri. Oleh itu, majukan diri dengan meyakinkan diri bahawa anda boleh lakukan apa - apa jua bidang terutama MLM ini.

4. Usaha
Bolehkah anda berjaya tanpa usaha? Bolehkah anda dapat sesuatu tanpa usaha? Sudah tentu TIDAK!. Tanpa usaha, anda tidak akan dapat apa - apa kejayaan. Kerana itulah lahirnya ungkapan "USAHA ITU TANGGA KEJAYAAN". Jika kita tidak berusaha di dalam perniagaan ini, bagaimana kita boleh dapat memperoleh kejayaan? Semua perkara memerlukan usaha untuk kita mendapat kejayaan. Anda tidak boleh beranggapan, hari ni anda sertai perniagaan MLM ini, esok atau lusa anda dah berjaya. Sedangkan orang yang telah berjaya di dalam perniagaan seperti ini pun mengambil masa yang lama untuk berjaya. Ingat, anda melibatkan diri dalam perniagaan MLM. Perniagaan ini memerlukan komitmen dan ketekunan serta usaha yang berterusan daripada anda. Ini kerana, Andalah yang menentukan nasib anda. Anda adalah bos kepada diri anda sendiri. Tiada siapa yang dapat mengarah anda. Jika anda ingin berjaya, maka anda perlulah berusaha. Jika tidak, anda akan kecundang.

5. Teknik / Strategi
Menjalankan Perniagaan MLM ini memerlukan teknik dan strategi yang baik dan betul. Anda harus memastikan bahawa anda perlu untuk sentiasa berhubungan dengan pelanggan / downline / orang ramai dengan baik. Anda perlu mengambil berat tentang downline - downline anda. Ini kerana, mereka merupakan rakan perniagaan anda. Tanpa mereka, anda tidak akan berjaya. Oleh itu, anda perlu untuk sentiasa berhubungan, bantu dan mengambil tahu serba sedikit tentang perkembangan mereka. Beri tunjuk ajar jika mereka memerlukan. Jangan tinggalkan mereka begitu saja setelah anda menjadikan mereka sebagai rakan perniagaan anda. Ini kerana, anda sedang merugikan diri anda sendiri. Seperti yang kami perkatakan tadi, Downline anda merupakan rakan perniagaan anda. Tanpa mereka, anda tidak akan dapat berjaya.

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

Kerjaya Dalam Multi Level Marketing

MULTI-LEVEL MARKETING, JUALAN LANGSUNG, DIRECT SELLING, atau apa-apa sahaja nama yang diberikan kepadanya merupakan suatu perniagaan yang paling mudah dilakukan tetapi telah disukarkan oleh mereka yang sengaja mencipta teknik dan kaedah untuk berjaya dalam sekelip mata. Ramai orang yang menjadikan perniagaan ini sebagai mata pencarian sepenuh masa atau sambilan kerana beberapa sebab:

  • Modal asas yang paling minimum/kecil Memiliki "pasaraya" sendiri Memiliki "pekerja" sendiri.
  • Berupaya menentukan berapakah pendapatan (bonus) yang diingini setiap bulan.
  • Boleh dilakukan secara sambilan atau sepenuh masa.
  • Berpeluang bertemu dengan pelanggan dan pengedar baru.
  • Berpeluang menjadi leader dan orang yang dihormati oleh pengedar-pengedar lain.
  • Peluang untuk menjadi senang dan kaya-raya.

Jika anda ingin serius dalam perniagaan ini, anda jangan sekali-kali menoleh ke belakang lagi. Anda mesti meneruskannya. Jangan dengar komen-komen negatif yang sentiasa mahu melihat anda tidak melakukan perniagaan ini dan seterusnya menjadi gagal.

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

Friday, March 03, 2006

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

Menjadi Jutawan MLM

Menjadi Jutawan MLM
Mohd Rozani Pawan Chek,
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Harga : RM 20.00 / RM 23.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN : 983-3376-71-1
Barcode : 9799833376710
Jumlah Halaman : 208 halaman
Tarikh Terbit : 18 October 2005


Sinopsis


Tahukah anda? 20 peratus daripada 500 ribu jutawan Amerika terlibat dalam bisnes MLM. Manakala 35 peratus jutawan di Malaysia adalah jutawan MLM. Nilai bisnes MLM melebihi 100 bilion USD dan lebih 40 juta rakyat seluruh dunia berkecimpung dalam bisnes MLM.

Lahirnya buku ini adalah satu daripada khazanah panduan MLM yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh para usahawan jualan langsung (MLM). Saya memerhatikan bahawa setiap usahawan yang gigih dan aktif, kadang-kadang tidak mengetahui tentang teknik-teknik yang berkesan dalam membina perniagaan MLM. Mereka yang sepatutnya mendapat didikan yang secukupnya daripada upline ataupun penaja dibiarkan tanpa panduan yang betul.

Tidak kurang juga ada upline yang begitu mengambil berat dan bertanggungjawab terhadap downline. Kehadiran buku ini, dapat menambahkan lagi khazanah ilmu pengetahuan mereka untuk berjaya dalam MLM. Apabila kita perhatikan dengan lebih mendalam, dapat dibuat kesimpulan iaitu potensi jualan langsung amat memberang-sangkan. Jumlah jualan industri jualan langsung sedunia kini melebihi USD80 bilion. Manakala di Malaysia pula, jumlah jualan industri jualan langsung melebihi RM4 bilion. Angka ini memberikan satu petanda yang positif bahawa sudah tiba masanya MLM (Multilevel Marketing / pemasaran pelbagai peringkat / jualan langsung) menjadi sebuah industri yang terhebat di dunia. Abad ke-21 adalah milik MLM.

Dahulunya iaitu sekitar tahun 70-an, MLM dipandang hanya sebelah mata. MLM pada waktu itu dianggap kelas bawahan dan sudah tentu pengedarnya dipandang hina. Ini terjadi kerana MLM pada waktu itu adalah konsep jualan dengan cara mengetuk pintu dari rumah ke rumah. Kini, MLM sudah berubah dengan pesatnya. Seiring dengan zaman IT dan telekomunikasi, perniagaan jualan langsung ini dapat dijalankan dengan menggunakan kemudahan IT dan telekomunikasi. Bahkan, industri ini dipandang mulia kerana melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya dan bertaraf jutawan melebihi industri lain. Saya amat berbesar hati jika anda dapat mengamalkan setiap kandungan dalam buku ini.
Buku ini dibahagikan kepada 5 bahagian:

Bahagian 1: Mengenali MLM
Ramai orang berminat menyertai MLM. Tetapi masih banyak yang mereka tidak tahu. Oleh itu, bahagian ini memperkenalkan MLM, panduan memilih syarikat MLM, komitmen dalam MLM dan yang paling penting, bolehkah mereka menjadi jutawan MLM.

Bahagian 2: Kelebihan MLM
Apabila anda menyertai MLM, sebenarnya banyak kelebihan yang anda perolehi. Bahagian ini menerangkan lebih lanjut kelebihan-kelebihan itu.

Bahagian 3: Cabaran dan Persiapan
Setiap perniagaan ada cabarannya yang tersendiri. Bahagian ini memberi panduan bagaimana menghadapi cabaran dalam MLM dan persiapan yang perlu anda lakukan. Antaranya, apa yang perlu dibuat apabila pelanggan menolak dan persediaan emosi dan sikap.

Bahagian 4: Menaja dalam MLM
Bahagian ini menekankan teknik menaja dalam MLM. Antara topik yang menarik ialah 5 langkah penajaan yang baik, teknik menaja ala helang, teknik jualan, power closing, home party dan teknik peniruan yang kreatif.

Bahagian 5: Motivasi MLM
Dalam bahagian ini diberikan beberapa tip dan teknik bagi memotivasi diri mereka yang terlibat dalam MLM. Antaranya bagaimana mengatasi rasa takut, teknik kuasa minda, bagaimana memotivasi downline dan dalil-dalil mengapa anda perlu terlibat dalam MLM.

Di dalam buku ini juga ada dimasukkan panduan-panduan ringkas dan ditandakan dengan beberapa ikon tertentu.

Harapan saya semoga dengan lahirnya buku ini, dapat memberikan cahaya bagi kegelapan. Biarpun suluhan cahaya itu tidak seterang mana, sekurang-kurangnya melalui cahaya yang sedia ada, dapat dijadikan penyuluh pada malam hari. Fahamilah sedalam-dalamnya.

Mohd Rozani bin Pawan Chek
Isi Kandungan

Sekapur Sireh
Bahagian 1 : Mengenali MLM
1. Asal-usul MLM
2. Bolehkah Menjadi Jutawan Melalui MLM?
3. Prasyarat dalam Memilih Syarikat
4. Apa yang Tidak Perlu dalam MLM?
5. Komitmen Anda dalam MLM

Bahagian 2 : Kelebihan MLM
6. Keuntungan Membeli dan Berniaga MLM
7. Makan Gaji atau MLM?
8. Kebebasan Kewangan dalam MLM
9. Keluhan yang Biasa Kita Dengar

Bahagian 3 : Cabaran dan Persiapan
10. Rintangan yang Bakal Anda Hadapi
11. Mudahkah Menjalankan MLM?
12. Tugas Anda
13. Bersedia Alam Emosi dan Sikap
14. Rahsia Memikat Hati Pelanggan
15. Apabila Pelanggan Berkata Tidak
16. Perlukah Anda Menjadi Super Salesman?
17. Ciri-ciri Orang Berjaya dalam MLM

Bahagian 4 : Menaja dalam MLM
18. Ciri-ciri Bakal Tajaan yang Berkualiti
19. Persediaan Sebelum dan Sewaktu Menemui Prospek
20. 5 Langkah Penajaan yang Baik
21. Sebab-sebab Penolakan
22. Teknik Menghadapi Penolakan
23. Alasan yang Bakal Anda Terima
24. Menaja Ala Helang
25. Cermin
26. Power Closing
27. Home Party
28. Perlukah Menaja Ramai Downline?
29. Persediaan Home Party
30. Apakah yang Perlu Dilakukan Selepas Menaja?
31. Anda Sebenarnya Bukan Menaja
32. Peniruan yang Kreatif

Bahagian 5 : Motivasi MLM
33. 4 Ketakutan
34. Jadikan Perniagaan MLM Anda Lebih Penting
35. Mengapa Downline Tidak Aktif?
36. Apa Itu Service?
37. Teknik Kuasa Minda
38. Bina Impian
39. 50 Dalil Mengapa Anda Perlu Terlibat dalam MLM

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

Pejabat Rumah (Home Office) Gaya Baru Perkukuh Ekonomi Keluarga

Pejabat rumah gaya baru perkukuh ekonomi keluarga
Oleh Dr Ahmad Zaki Ismail

KITA kini semakin terdedah kepada cabaran era globalisasi ekonomi dan dunia tanpa sempadan. Pengangguran pula ditakrifkan secara lebih kompleks dan semakin sukar diatasi. Ia membabitkan pengangguran ketara dan tidak ketara. Hambatan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan semakin meningkat yang memerlukan kita berfikiran lebih terbuka.

Kita tidak lagi boleh terkongkong dengan sektor ekonomi tradisional semata-mata. Ekonomi yang bersifat anjal sentiasa berkembang bagi memenuhi keperluan dan aspirasi semasa, manakala sumber penjanaan pendapatan juga sepatutnya tidak lagi terikat dalam satu segmen atau arah tertentu.

Perkembangan begitu pesat dalam bidang guna tenaga, terutama di sektor perkhidmatan seperti pembantu rumah, buruh ladang, pekerja kilang, hotel dan restoran, mewujudkan situasi yang mendesak sehingga kita terpaksa mengimport tenaga kerja asing.

Walaupun situasi ini sepatutnya mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, keadaan yang berlaku adalah sebaliknya lantaran keluk permintaan guna tenaga berkembang secara tidak seimbang.

Selain itu, apabila tenaga kerja profesional, terutama wanita menjadi tidak produktif selepas melahirkan anak dan terpaksa berhenti kerana gagal mendapatkan pembantu rumah, banyak sektor menjadi tidak aktif dan kurang produktif.

Untuk memberikan nafas baru dalam kegiatan ekonomi serta menjana tenaga produktif daripada sumber seperti di atas, sesuatu langkah perlu dilakukan. Ini penting bagi mengelakkan berlakunya penguncupan kegiatan ekonomi dalam tempoh jangka panjang.

Di sesetengah negara maju, pejabat rumah telah menjadi satu gaya baru yang boleh diterima pakai. Malangnya, kita masih agak terkebelakang dalam menerima konsep ini kerana sikap majikan yang konservatif dan masih mahu melihat pekerja berada di pejabat. Kayu ukur produktiviti masih lagi pada jumlah masa dihabiskan di pejabat, bukannya berasaskan produk yang mampu dihasilkan.

Dalam situasi ini, sektor jualan langsung amat berpotensi dan belum diterokai sepenuhnya bagi merangsang arah aliran kerja pasca ultra moden ini. Tinjauan mendapati ia masih gagal menarik perhatian kapitalis dan pihak berkuasa kerana kurangnya penonjolan ketara dalam sumbangannya.

Banyak tafsiran dan tanggapan salah berkisar di khalayak ramai mengenai industri berkenaan sehingga menenggelamkan sumbangan dan potensi sebenarnya dalam membangun, mengekang dan menstabilkan ekonomi negara, terutamanya dalam keadaan meleset. Selain itu, kemampuannya mewujudkan usahawan kecil tidak diterokai sepenuhnya. Malah, banyak perkara menarik terkandung sebagai elemen positif dalam industri jualan langsung gagal diterokai.

Secara umum, tafsiran jualan langsung ialah satu instrumen pasaran yang menyediakan landasan pertemuan secara terus antara pembekal dengan pengguna. Ia sedikit berbeza daripada tradisi pasaran terbuka kerana menidakkan faktor konvensional pasaran iaitu kedai.

Fungsi mempromosi produk akan dilakukan oleh ejen syarikat yang kadangkala disebut sebagai ahli, pengedar, ejen, perunding dan pelbagai gelaran lagi. Melalui kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), ia telah membukakan peluang yang amat luas kepada industri ini untuk mencari pasarannya jika dilakukan secara tekun, jujur dan bersungguh-sungguh.

Di Malaysia, kegiatan jualan langsung dikawal selia oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui Akta Jualan Langsung 1993. Penakrifan yang diberi untuk kegiatan itu di bawah akta berkenaan adalah jualan dari pintu ke pintu dan jualan pesanan pos.

Sehingga akhir 2003, perangkaan resmi KPDNHEP mencatatkan sebanyak 456 syarikat berlesen menjalankan perniagaan jenis ini, iaitu 243 mengusahakan jualan langsung secara bertingkat (MLM), 143 melaksanakan pelan pemasaran setingkat (SLM) dan 35 syarikat membuat pasaran melalui pos (PO). Daripada jumlah itu, 48 syarikat adalah berstatus Bumiputra.

Tahun lalu juga menyaksikan bahawa syarikat jualan langsung di negara ini menyumbangkan hasil lebih RM4.3 billion, merangkumi pasaran dalam dan luar negara. Kebanyakan produk yang dipasarkan adalah berasaskan keperluan harian pengguna, kosmetik, makanan kesihatan, pakaian dan aksesori.

Malangnya, sehingga kini potensi industri itu masih lagi tidak disedari umum dan gagal dikesan oleh banyak pihak kerana salah tanggapan dan dibayangi oleh kekaburan maklumat. Hasilnya, kebanyakan ahli masyarakat beranggapan perniagaan jenis ini berhubung rapat dengan skim cepat kaya atau skim piramid.

Perkara paling menarik dalam bidang jualan langsung adalah kerana ia sifar risiko. Pendapat mengatakan bahawa berlaku manipulasi dalam pengambilan ahli adalah dakyah daripada mereka yang tidak arif dan gagal memahami konsep jualan langsung sebenar.

Pada asasnya, konsep jualan langsung adalah membekalkan produk dan perkongsian untung. Di sinilah sebenarnya yang menarik dalam bidang ini kerana pengguna mendapat dua faedah secara serentak iaitu di samping mendapat produk, mereka juga memperoleh pendapatan.

Perkara selanjutnya yang akan dilakukan adalah mempromosi pelan perniagaan, keuntungan perkongsian dan produk jualan. Yang baiknya, semua produk yang dipasarkan melalui sistem jualan langsung adalah barangan yang berkualiti dan perlukan kelulusan daripada KPDNHEP. Malah, sebahagian besar daripadanya sudah mendapat pengiktirafan GMP (good manufacturing practice).

Perkara sebegini tidak dapat dilaksanakan di pasaran terbuka apabila peniaga boleh menawarkan sebarang produk tanpa menghiraukan kualitinya. Selain pemantauan yang dilakukan KPDNHEP, syarikat jualan langsung juga mempunyai dua persatuan iaitu DSAM dan MDDA yang turut menjadi pemantau sukarela untuk memastikan ahli mereka menjalankan perniagaan menurut etika yang ditetapkan berdasarkan garis panduan.

Menurut kaji selidik yang dilakukan pada 2002, ada lebih kurang 1.6 juta terbabit dalam industri ini. Walaupun hanya sebahagian kecil yang aktif sepenuh masa, ini tidak bererti mereka tidak produktif kerana perniagaan ini bersifat fleksi-waktu.

Malah, hampir 60 peratus daripada kalangan peniaga terdiri daripada golongan wanita yang juga suri rumah sepenuh masa. Ini menunjukkan kerjaya dalam industri jualan langsung telah berjaya meningkatkan produktiviti di kalangan tenaga buruh statik di pasaran buruh tidak ketara negara.

Banyak aspek positif dalam industri ini tidak disebarkan dengan betul. Ia termasuk daripada aspek ekonomi, sosial, hubungan kekeluargaan dan kemajuan diri. Jika anda menceburkan diri dalam bidang ini, mungkin realitinya kelak akan memeranjatkan diri anda sendiri kerana sebahagian besar kita tidak menyedari potensi diri, terutamanya dalam bidang jualan, tiba-tiba mampu melakukannya dengan baik sekali.

Ini secara tidak langsung akan memperbaiki status ekonomi diri dan keluarga. Malah, meningkatkan jaringan persahabatan, pertukaran pengalaman, pergaulan sosial, keyakinan diri dan semangat positif.

Sebenarnya, kita saban hari bertindak selaku pengguna yang membeli pelbagai barangan di kedai dan pasar raya tanpa menyedari barangan yang sama mampu diperoleh daripada pasaran jualan langsung. Sebagai pengguna biasa, apabila kita membeli barangan kita hanya akan memperoleh barangan itu semata-mata, tetapi dalam jualan langsung kita akan memperoleh ganjaran mata dan pendapatan.

Dengan perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat, terutama kepada barangan pengguna maka peluang semakin luas terbuka untuk semua orang menambahkan pendapatan.

Strategi perniagaan langsung iaitu beli, guna dan promosi amat efektif. Contohnya, jika suri rumah membeli dan menggunakan produk bilik mandi seperti sabun serta syampu dan melakukan promosi untuk kenalan, keluarga dan tetangga, maka dengan segera sistem perkongsian pendapatan daripada kegiatan itu akan mengurangkan bebanan perbelanjaan sebenar. Malah, jika suri rumah berkenaan bergerak lebih aktif, ia bukan saja menjimatkan perbelanjaan malah menambah pendapatan keluarga.

Menggunakan rumah sebagai pejabat dan meningkatkan pengetahuan mengenai pasaran dan penggunaan teknologi ICT, sekali gus dapat menggerakkan wawasan negara dalam menggerakkan projek pejabat rumah seperti yang diuar-uarkan oleh kerajaan supaya ia akan menjadi satu kenyataan.

Aspirasi berkenaan begitu mudah untuk direalisasikan melalui pendekatan yang bijak dan berkesan. Secara tidak langsung, lebih banyak masa boleh diluangkan untuk keluarga dan pada masa sama jaringan perniagaan dan hubungan silaturahim dapat diperkembangkan.

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

Tuesday, February 21, 2006

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

5 Strategi Kejayaan Bersama SURECO

  1. Tetapkan sasaran (sebagai contoh : RM5,000 sebulan dalam masa 12 bulan)
  2. Senaraikan prospek mengikut yang mana penting
  3. Kaji rekod kejayan (dan kegagalan) dalam jualan dan penajaan
  4. Berusaha secara gigih (jangan cepat berputus asa)
  5. Tingkatkan jumlah jualan dan penajaan

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

5 Langkah Mudah Untuk Penajaan Yang Berkesan

  1. Kenali produk, pelan pemasaran dan rahsia kejayaan perniagaan SURECO
  2. Belajar cara-cara yang mudah serta berkesan (melalui peralatan bantuan jualan, starter-kit, powerpoint presentation etc) untuk membuat persembahan dan menjual produk dan pelan pemasaran serta mengenai segala ganjaran hebat yang disediakan oleh SURECO untuk setiap ahli dan prospek dari UPLINE anda
  3. Hadiri program latihan yang disediakan oleh SURECO yang diadakan diserata tempat. Hubungi stokis berhampiran (terutamanya stokis perdana & negeri) untuk keterangan lanjut
  4. Senaraikan mereka yang berminat meningkatkan pendapatan peribadi termasuk ahli keluarga, saudara-mara, rakan, jiran masa kini dan yang lama
  5. Dapatkan bantuan seorang UPLINE untuk membuat persembahan kepada prospek anda dan pelajari cara dia mendapat jualan dan menaja. Berlatih secara peribadi. Bila sudah bersedia, buat persembahan kepada UPLINE dan kemudian analisa prestasi persembahan serta belajar dari kesilapan yang anda lakukan. Apabila sudah bersedia, hubungi prospek lain dan buat persembahan dengan sendiri.

ANDA BOLEH MELAKUKANNYA! HENDAK SERIBU DAYA......

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

Monday, January 23, 2006

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

Syukur Rezeki

SESUNGGUHNYA rezeki berupa pemberian atau habuan Allah kepada makhluk-Nya. Anugerah Allah tidak sekadar berupa kekayaan, sebaliknya meliputi pelbagai aspek kehidupan.

Rezeki Allah meliputi apa saja yang diperlukan dalam kehidupan termasuk makanan, pakaian, kediaman dan sumber yang berkaitan.

Keperluan itu untuk kesejahteraan jasmaniah insan. Selain itu, rezeki untuk kesuburan rohaniah juga penting. Ini termasuk ilmu pengetahuan, kecerdasan serta taufik dan hidayah.

Pintu rezeki untuk kenikmatan hidup di dunia terbuka kepada semua insan sama ada kafir atau mukmin dan yang jahat atau baik. Rezeki untuk kesejahteraan jasmani turut dikurniakan kepada semua makhluk. Tetapi rezeki untuk kenikmatan hidup di akhirat hanya dikurniakan kepada orang beriman.

Sejarah sejak zaman rasul dan ulama hingga ke hari ini membuktikan salah satu sebab golongan kafir menolak agama Allah kerana mereka terlalu terpesona dengan kehidupan dunia.

Golongan kafir menganggap rezeki datang daripada hasil titik peluh mereka semata-mata, sedangkan orang Islam menganggap rezeki itu daripada sumber kemurahan dan rahmat Allah swt.

Di akhir Ayat 212 Surah al-Baqarah, Tuhan berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab."

Ini memberi pengertian rezeki yang dikurniakan Allah kepada seseorang itu perlu disyukuri. Jangan sekali-kali kita berasa angkuh dan sombong dengan kekayaan harta yang kita miliki.

Kita juga tidak seharusnya menyangka kekayaan dan rezeki melimpah ruah yang diperolehi itu milik mutlak kita yang tidak boleh digugat. Sesungguhnya kunci rezeki di tangan Allah swt. Allah yang menentukan pembahagian rezeki kepada hamba-Nya.

Dalam kehidupan seharian, isu rezeki bukan satu persoalan yang selalunya tunduk kepada perkiraan hisab manusia. Cara dan petua untuk mendapatkan rezeki tidak selama-lamanya tepat.

Pada keseluruhannya, rajin dan usaha syarat untuk mencapai kejayaan dan menjamin seseorang itu menjadi kaya. Tetapi syarat ini kadangkala tidak tepat dan berakhir dengan kegagalan dan menemui jalan buntu.

Ada juga golongan membuat andaian ilmu yang tinggi anak kunci rezeki. Semakin banyak sijil dan semakin tinggi ilmu seseorang insan maka semakin luaslah pula rezekinya. Tetapi ada juga orang yang cetek ilmu pengetahuannya atau buta huruf mampu menjadi hartawan. Tidak kurang juga orang tercicir dalam pelajaran menjadi pemilik atau tauke besar.

Selain itu, ada pula golongan mengatakan kekayaan itu terletak kepada peluang dan nasib seseorang dan tidak kurang pula meletakkan kekayaan dan rezeki itu kepada hubungan seseorang. Semakin luas hubungannya dengan orang berkuasa maka semakin cerah peluangnya mendapat rezeki.

Inilah di antara syarat yang selalu dikaitkan untuk mendapat rezeki lumayan, tetapi semua syarat itu ada kalanya tidak membawa kejayaan.

Sesungguhnya urusan rezeki bukan ditentukan manusia, tetapi ia dalam tangan Allah swt semata-mata. Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dialah (Allah) yang memegang kunci rezeki seluruh alam ini dan Dialah yang berkuasa memberi dan menarik serta meluas dan menyempitkan pemberian rezeki itu.

Dari itu janganlah kita bersifat angkuh dan sombong dengan rezeki yang melimpah ruah dan usahlah kita bermegah-megah dengan kurniaan Allah kepada kita. Sebaliknya kita seharusnya bersyukur dengan rahmat dan nikmat Allah swt itu.

Sesungguhnya balasan bagi orang yang bersyukur jelas dinyatakan Allah dengan Firman-Nya yang bermaksud: "Jika kamu bersyukur, Aku tambahkan lagi nikmatKu. Jika kamu kufur, sesungguhnya azab Aku amat pedih." (Surah Ibrahim: Ayat 7)

Sedar akan hakikat ini, maka bersyukurlah dengan nikmat dan rahmat kurniaan Allah swt. Semoga dengan berbuat demikian, rahmat kurniaan rezeki itu akan terus berkekalan dan hidup kita akan diberkati Allah hingga ke akhir zaman. Insya-Allah.

Kesimpulan:

Kita manusia harus berusaha secara ! halal kemudian bertawakal kepada ALLAH swt serta berdoa semoga dikurniakan rezeki yang berkat. Amin

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

Friday, January 13, 2006

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

ISLAM Menggalakkan Umatnya Berniaga

Jika dilihat dari sudut pekerjaan yang dilakukan adalah bidang perniagaan.

Tidak kira jenis perniagaan yang diceburi, sama ada besar atau kecil ia merupakan salah satu sumber pendapatan.

Tidak dinafikan melalui perniagaan seseorang mampu mengubah kehidupan mereka. Jatuh bangun dalam berniaga adalah adat orang perniagaan. Begitu juga dalam Islam, sememangnya umat Islam digalakkan mencari rezeki melalui cara berniaga. Malahan telah dinyatakan dalam Hadis bahawa sembilan daripada sepuluh sumber rezeki melalui perniagaan.

Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi ( untuk uruskan urusan masing-masing ) dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah serta ingatlah akan Allah banyak-banyak ( dalam segala keadaan supaya kamu berjaya di dunia dan akhirat )( Surah al-Jumaat, ayat 10).

Ayat ini menjelaskan Allah tidak menghalang sesorang mencari sebanyak mana pun dari nikmat Allah s. w. t khususnya dalam perniagaan tetapi seharusnya tidak mengabaikan suruhan-Nya.

Setiap manusia yang dilahirkan telah ditentukan rezeki masing-masing. Jadi, melalui rezeki itulah pula kita sebagai manusia berusaha untuk mendapatkan rezeki. Telah diterangkan dalam hadis bahawa terdapat sepuluh sumber rezeki yang Allah turunkan, sembilan dapadanya ialah dari berniaga. Manakala satu bahagian yang selebihnya dari sumber yang lain. Sebab itulah kita digalakkan berniaga.

Perniagaan cara Islam amat menitikberatkan halal dan haram. Disamping itu, dalam Islam, perniagaan dihalalkan dan amalan riba pula diharamkan pelaksanaannya.

Bagaimanapun, menjalankan perniagaan sama ada berbentuk Islamik atau corak perlaksanaan adalah sama sahaja. Apa yang berbeza hanyalah dari segi etika yang diamalkan dalam perniagaan tersebut.

Dalam menjalan dan melaksanakan perniagaan, seseorang seharusnya menjaga etika dalam perniagaan. Mengelakkan amalan riba dalam perniagaan dan pentingnya dalam berniaga untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah. Seharusnya kita sebagai umat Islam memikirkan untuk mencari keberkatan dalam kehidupan. Setiap orang diberikan rezeki, bukannya diberikan harta. Jadi, jika harta bertimbun tapi tidak mendapat keberkatan dari Allah s. w. t tidak guna juga.

Dalam perniagaan kita tdak melihat pada wang dan keuntungan sahaja, sebaliknya terdapat nilai yang berdiri disebalik perniagaan tersebut yang harus kita jaga.

Persaingan dalam perniagaan pula dianggap ia satu perniagaan pula dianggap ia satu kebaikan. Kita melihat persaingan tersebut dari aspek yang sihat. Persaingan itu menjadikan kita terus berusaha untuk mendapatkan yang terbaik dan meningkatkan prestasi kita. Tetapi jangan pula memandang persaingan dari sudut yang negatif. Tengok orang maju, kita sibuk berdengki, kita kalut cari bomoh, bagi perniagaan orang tu tak maju, tak nampak. Tu yang tak betulnya dalam berniaga. Buat apa kita nak berdengki, rezeki itu Allah s. w. t dah tetapkan untuk setiap orang.

Dalam perniagaan, seseorang itu mudah mendapat rezeki dan banyak jalan yang diberikan untuk mendapatkan rezeki melalui ini. Namun begitu, Allah s. w. t pada setiap jalan yang diberikan sebaliknya Dia memberikan banyak cabaran yang harus ditempuhi oleh para perniagaan.

Salah satu cabaran yang diturunkan adalah risiko untung rugi. Ia akan melihat sejauh mana kita menerima setiap ujian-Nya, sama ada dari sudut positif atau negatif.

Ada yang silap faham dalam konteks mencari kekayaan. Tidak salah mencari kekayaan asalkan kekayaan yang diperolehi itu tidak melekat di hati, tidak masuk dalam hati sehingga menyukarkan kita untuk membuat kebaikan.

Rasulullah juga mengallakkan kita sebagai umat Islam mencari kekayaan, salah satunya melalui perniagaan, tapi janganlah sampai ia menghalang seseorang itu semakin payah untuk buat amal kebajikan sehingga lupa mengeluarkan zakat, harta yang diperolehi juga mendapat keberkatan.

Jelaslah Islam sesungguhnya amat menggalakkan umatnya menceburi bidang perniagaan. Selagi ia tidak dimanipulasikan sebagai medan peperangan untuk menjatuhkan orang lain, perniagaan adalah salah satu cabang mencari rezeki yang dipermudahkan jalannya.

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

Wednesday, January 04, 2006

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

Cerita 6

Dua orang pegawai pemasaran telah diarahkan oleh majikan mereka untuk membuat tinjauan sama ada kasut boleh dijual kepada penduduk di sebuah negara di benua Afrika. Kedua-dua pegawai itu berlepas ke negara itu. Seminggu kemudian, pegawai pertama balik dan membuat laporan kepada majikannya. "Bos, saya fikir, kita tidak boleh jual kasut di sana. Semua orang di situ tidak memakai kasut bahkan tidak pun mengenali kasut."

Beberapa minit kemudian, pegawai kedua pula balik dan membuat laporan. "Bos, masa depan syarikat kasut kita di sana sungguh cerah." Sang majikan terkejut. "Bagaimana? Kata pegawai pertama tadi, orang di sana tak kenal kasut. Macam mana kita nak jual kasut?" Pegawai kedua berkata, "Senang saja, bos. Memang orang di sana tak kenal kasut dan tidak memerlukan kasut tetapi kita mesti mewujudkan keadaan yang akan
menyebabkan mereka memerlukan kasut dan akhirnya kenal akan kasut." Majikan ingin tahu, "Bagaimana?" "Kita upah orang taburkan paku dan paku tekan di jalanan di tempat mereka lalu-lalang dan kita buka kedai kasut di tengah jalan itu."

Moral ceritanya ialah pertama, anda mesti kreatif. Anda harus mencipta keadaan yang pelanggan akan memerlukan produk yang anda pasarkan.Anda tidak harus bergantung pada kegunaan tradisi produk itu. Kedua, anda jangan membuat penilaian berdasarkan pemerhatian kasar. Jangan berpendapat bahawa kerana begitu banyak orang berjual produk yang sama di suatu tempat, maka tidak ada peluang untuk anda mencari keuntungan.

Anda Percaya, Anda Buat, Anda Berjaya!

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

Cerita 5

Di Florida, diceritakan bahawa telah tiba musim berombak. Aktiviti papan luncur menjadi pesta di pesisir pantai. Di gigi pantai, seorang pemuda duduk sambil berfikir. "Kalau gunakan 2 papan luncur tentu lebih seronok daripada menggunakan sebuah papan luncur". Setelah habis berfikir, pemuda itu pun mengambil dua papan luncur lalu pergi ke gigi pantai. Pada mulanya, dia memang seronok kerana kedua-dua belah kakinya berpijak pada papan luncur tetapi sebaik-baik sahaja ombak besar melandanya, dia terhumban dan kepalanya cedera terkena batu yang kebetulan ada di situ kerana gagal mengimbangkan badan dan kakinya pada kedua-dua papan luncur itu.

Moralnya: Jangan terlalu tamak. Berniagalah dengan sebuah syarikat MLM sahaja. Jangan menyertai lebih daripada sebuah syarikat MLM kerana akhirnya anda tidak akan berupaya mengurus perniagaan anda.

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

Cerita 4

Pernahkah anda mendengar cerita anjing dengan bayang-bayang. Sang anjing yang sedang menggonggong tulang itu melepaskan tulang yang ada di dalam mulutnya hanya semata-mata melihat bayangnya sendiri yang juga sedang menggonggong tulang.

Moralnya : Apabila anda sudah berada di dalam mana-mana syarikat MLM, anda jangan sekali-kali terpengaruh oleh ajakan atau khabar bahawa ada sebuah syarikat MLM lain yang lebih bagus lalu anda tidak mahu lagi menjalankan perniagaan dalam syarikat MLM yang sedia ada dan menyertai syarikat MLM yang baru itu pula. Jika ini tindakan yang anda ambil, anda akan rugi seperti anjing yang kehilangan tulang yang digonggongnya itu.

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

Cerita 3

Dua orang pelari hendak berlumba lari di trek. Mereka dibekalkan dengan beberapa pasang kasut trek pelbagai jenis. Pemuda pertama tanpa berfikir panjang lagi terus menyarung salah satu daripada kasut trek itu lalu memecut hingga sampai ke garisan penamat. Dari garisan penamat, dilihatnya pesaingnya masih lagi memilih-milih kasut trek yang sesuai untuk perlumbaan itu.

Moral ceritanya ialah anda jangan berlengah kerana orang lain telah pun bermula dan mungkin telah berjaya. Jangan juga terlalu memilih syarikat MLM yang perlu anda sertai. Pilih-memilih itu bukan prasyarat untuk berjaya. Prasyarat kejayaan ialah mahu buat dan terus buat.

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

Cerita 2

Pada suatu masa dahulu, ada seorang pemuda yang mahu mendalami ilmu persilatannya. Ia mendengar bahawa di sebuah gua, terdapat seorang pertapa yang telah terkenal kerana bukan sahaja mempunyai ilmu persilatan yang tinggi bahkan kaya dengan ilmu kebatinannya. Pergilah pemuda itu mencari pertapa itu. Akhirnya dia berjaya. Pertapa itu memberikan syarat kepada pemuda itu. Jika pemuda itu berhasrat untuk menjadi muridnya, pemuda itu mesti pergi ke suatu tempat dan membawa balik sebutir batu yang sejuk kepadanya. Pemuda itu sanggup. Setelah diberitahukan di mana tempat itu, pergilah pemuda itu ke situ.

Setibanya di situ, pemuda itu mendapati memang banyak batu di situ tetapi dia tidak tahu batu mana yang dimaksudkan oleh pertapa itu. Dia mengambil sebiji batu dan dilepaskannya. Ternyata batu yang baru diambilnya itu panas membara. Dia mengalas tapak tangannya dengan kain pengikat kepalanya untuk mengurangkan bahang kepanasan. Satu persatu batu itu dipegangnya dan dibuangnya kerana dirasakannya panas.

Akhirnya, tidak ada sebutir batu pun di situ. Dia terfikir, mungkin pertapa itu menipunya kerana tidak ada pun batu yang sejuk di situ. Pada fikirannya, pertapa itu hanya memberikan alasan untuk tidak mahu menerimanya.

Moral ceritanya ialah kita jangan takut menghadapi cabaran kerana antara banyak cabaran itu tentu ada hikmah di sebaliknya. Jika pemuda itu tidak mengalas telapak tangannya dengan kain, sudah tentu dia akan merasa akan ada sebutir batu yang bentul-betul sejuk. Bagaimana pemuda itu hendak membezakan batu yang sejuk daripada batu yang panas kalau tangannya beralas? Bagaimana anda akan mencapai kejayaan kalau anda takut akan cabaran.

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

Cerita 1

Kononnya, terdapat sebuah negeri yang rajanya tidak mempunyai seorang putera, tetapi hanya mempunyai seorang puteri. Raja itu menjadi sugul sentiasa kerana baginda tidak mempunyai pengganti. Akhirnya, baginda meminta pendapat bendahara baginda. Sang bendahara mencadangkan agar salah seorang daripada hamba rakyat dipilih sebagai menantu baginda. Raja bersetuju tetapi siapakah yang harus dipilih.

Ada yang mencadangkan supaya seorang pemuda gagah dipilih tetapi dibantah oleh pembesar yang lain dengan alasan, sebelum raja mangkat, raja akan digulingkan oleh pemuda gagah yang menjadi menantu raja itu. Berbagai-bagai cadangan dikemukakan tetapi semuanya tidak dapat digunakan.

Akhirnya puteri raja bersuara: "Ayahanda, anakanda mencadangkan agar sesiapa juga yang berjaya menyeberangi sungai yang menjadi sempadan di antara istana kita dengan kampung hamba rakyat, maka orang itulah yang sanggup anakanda kahwini." Raja dan para pembesar bersetuju kerana mereka yakin bahawa hanya pemuda yang terbaik sahaja yang akan berjaya menyeberangi sungai yang telah banyak meragut nyawa penduduk negeri itu. Di lubuk sungai itu, tinggal sekeluarga buaya yang sudah sekian lama mengganas membaham penduduk yang leka di tepi sungai. Diumumkanlah hasrat puteri raja itu.

Tibalah hari diadakan sayembara itu. Salah seorang pemuda yang kelihatan sasa terjun ke dalam sungai itu. Belum pun sampai di pertengahan sungai, pemuda itu berenang patah balik kerana dilihatnya beberapa ekor buaya tiba-tiba muncul di permukaan air.

Lebih kurang 99 orang pemuda yang berusaha untuk berenang ke seberang sungai telah berpatah balik ke tebing sungai permulaan sayembara.Setelah itu, agak lama, tidak ada sesiapa pun yang terjun ke dalam sungai. Beberapa ketika kemudian, kedengaran deburan air. Seorang pemuda kurus berenang tergesa-gesa pontang-panting menuju ke daratan di seberang sungai. Dia berjaya sampai ke tebing. Semua orang bertepuk tangan sebaik-baik sahaja pemuda kurus itu sampai ke tebing.

Sebaik-baik sahaja naik ke atas, pemuda itu berkata: "Ampunkan patik tuanku. Bukan patik mahu terjun ke dalam sungai itu, tetapi patik ditolak orang. Sebaik-baik sahaja berada di air, patik melihat bayangan buaya di dalam air. Sebab itulah patik bermati-matian berenang ke tebing untuk menyelamatkan nyawa patik." Raja ketawa dan berkata: "Tidak mengapa orang muda. Apa pun alasan awak, awaklah yang berhak mengahwini puteri beta dan bakal menjadi pengganti beta."

Moral ceritanya ialah orang yang tidak berhasrat untuk menjadi berjaya dalam perniagaan MLM ini pun masih boleh berjaya. Inikan pula anda yang sudah pun menetapkan matlamat untuk berjaya dalam perniagaan ini.

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

Rahsia Kejayaan Usahawan MLM

Anda perlu sedar bahawa berniaga dalam perniagaan jualan langsung ini hampir sama dengan gambaran piramid terbalik dan menegak.Piramid menegak mewakili kerja anda sementara piramid terbalik mewakili hasil usaha anda. Apabila anda bermula (lihat dasar/tapak piramid menegak), banyak masa yang terpaksa anda korbankan, tetapi hasilnya amat sedikit. Lama-kelamaan, dengan kesabaran, anda naik sedikit demi sedikit. Apabila anda berada di atas/puncak, semakin sedikit kerja anda, tetapi hasul usaha anda adalah besar.

Oleh itu, anda jangan terlalu excited untuk berjaya dengan cepat. Jika anda terlalu excited, akhirnya anda akan kecewa dan terus enggan melakukan perniagaan ini. Anda perlu bersabar. Berusahalah perlahan-lahan. Tawakkal. Lambat-laun anda akan sampai ke puncak juga.

Berikut adalah beberapa rahsia kejayaan usahawan-usahawan MLM yang saya kutip.

a. Bergaul dengan segenap lapisan masyarakat. Dari celah-celah lumpur itu mungkin ada permata berharga.

b. Bekerjasama sesama ahli kumpulan. Lakukan perniagaan ini bersama dengan pasangan anda. Kerja berdua akan lebih mendatangkan hasil mutlak. Berilah tunjuk ajar anda dengan ikhlas. Jangan tanya diri anda berapakah hasil yang akan saya dapati dengan menolongnya. Tanyalah, berapakah hasil yang akan downline saya peroleh kalau saya membantunya. Downline anda berjaya, anda juga akan berjaya.

c. Sediakan strategi anda yang berbentuk sistem yang akan menjadi panduan dan amalan kumpulan anda.

d. Buat perancangan anda dan mestilah anda komited dengan perancangan anda itu.

e. Jangan abaikan downline anda. Setiap permohonan bantuan daripada mereka walaupun generasi di bawah perlu anda penuhi.

f. Anggap perniagaan ini sebagai peperangan. Anda tidak boleh tewas/gagal. Jika tewas/gagal, berakhirlah riwayat hidup anda. Dengan ini anda akan bermati-matian mempertahankan perniagaan ini.

g. Luangkan sedikit masa anda untuk memikirkan idea kreatif yang dapat menjayakan perniagaan anda.

h. Sentiasalah anda merendah diri walaupun anda telah berjaya. Sikap ini akan menyebabkan sesiapa pun tidak berasa rendah diri apabila bergaul dengan anda.

i. Sentiasalah anda memberikan keyakinan kepada downline anda bahawa mereka pasti, lambat atau cepat, mengecapi kejayaan.

j. Sentiasa berkata kepada diri sendiri : Aku berniaga kerana mengejar kepuasan, bukannya wang. Jika anda puas, wang akan datang bergolek.

k. Mesti sanggup menentang arus. Orang tak buat cara ini, anda buat. Jika orang lain tidak buat, anda buat, anda akan berjaya.

l. Mesti sanggup belajar dan diajar oleh sesiapa sahaja meskipun daripada downline sendiri. Walaupun anda sudah berjaya, anggapkan sahaja anda belum berjaya. Dengan ini, anda akan sentiasa berusaha.

m. Sentiasa turun ke bawah. Jangan hanya melihat dari atas walaupun anda telah berjaya.

n. Beri motivasi kepada diri sendiri. Berikan hadiah kepada diri anda apabila anda berjaya melakukan sesuatu. Hadiah itu mungkin berupa tidur seketika untuk merehatkan otak anda.

o. Sekali anda melakukan perniagaan ini, anda mesti melakukannya setiap hari. Jangan dibiarkan ada hari anda tidak melakukannya kerana dikhuatiri semangat anda akan luntur.

p. Jangan berprasangka buruk kepada orang lain. Yang zahir tidak semestinya mencerminkan yang batin.

q. Cakap mesti serupa bikin. Jangan menyuruh downline melakukan sesuatu tetapi anda buatlah dahulu sebelum downline anda mencontohinya.

r. Sentiasa setia pada syarikat. Sifat kanggaroo tidak ada dalam resipi kejayaan usahawan MLM.

s. Sentiasa riang kerana keriangan akan meredakan ketegangan.

t. Anggapkan bahawa melakukan perniagaan sebagai ibadah.

u. Jangan anggap perniagaan jualan langsung ini sebagai cuba-cuba atau main-main sahaja. Anggapkan perniagaan ini sebagai penentu hidup dan mati anda.

v. Berikan kail kepada yang memerlukannya, jangan berikan ikan. Biasanya, apabila anda sudah berjaya, banyaklah orang yang mendekati anda semata-mata kerana wang. Jangan berikan wang kepada mereka, berilah starter-kit.

w. Jangan berasa rendah diri walaupun anda berhadapan dengan taikun perniagaan. Jika pun mereka tidak berhasrat menjadi downline anda, mereka mungkin menjadi pelanggan tetap anda yang berpotensi.

x. Sentiasa mencari ilmu/pengetahuan baru terutamanya yang berkaitan dengan perniagaan jualan langsung sama ada daripada pergaulan, bahan bacaan, atau daripada teknologi maklumat.

Apabila Sudah Di Puncak, Jangan Lupa Rumput Di Bumi

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

Teknik Mengurus dan Memimpin

Jika anda mempunyai lebih daripada sebuah kumpulan, galakkan ketua kumpulan anda itu mengadakan mesyuarat mingguan mereka masing-masing. Anda harus hadir sebagai penceramah dan pembimbing yang akan menunjukkan cara berkesan melakukan perniagaan ini. Jika anda mempunyai downline baru, anda harus ikut downline anda dalam aktiviti menjual dan menaja sehingga mereka mampu berdikari.

Pada setiap bulan, anda harus mengumpulkan semua downline anda dalam mesyuarat bulanan. Agenda mesyuarat harus berkisar pada strategi menawan pasaran. Anda juga boleh menjemput penceramah jemputan daripada upline anda yang telah berjaya untuk menaikkan semangat downline anda. Apabila anda telah mempunyai kumpulan yang besar, kekerapan menjual anda perlu anda turunkan dan gantikannya dengan kekerapan memimpin dan mengurus. Mengurus kumpulan sama dengan mengurus anak-anak. Mereka tidak boleh dimarahi, dipaksa melakukan, dihina, dan sebagainya. Mereka harus dibelai. Pujian perlu dibuat apabila mereka berjaya melakukan jualan atau penajaan. Anda mesti mendengar pendapat mereka biarpun mungkin anda tidak bersetuju.

Ringkasnya, hati mereka jangan dilukai sedikit pun. Kalau terluka, mereka akan mengambil tindakan sama ada enggan melakukannya lagi atau bertukar kepada syarikat MLM lain/upline lain dengan mematikan keahlian mereka di bawah organisasi mereka.

Sebagai ketua organisasi, anda harus mengenali downline anda paling kurang sampai ke generasi ke-4. Mintalah bantuan downline anda yang menjadi ketua kumpulan anda untuk memperkenalkan downline mereka kepada anda. Tujuannya adalah supaya ikatan anda dengan mereka walaupun hanya bertaraf "cicit" anda tidak terputus. Ikatan yang kuat akan memperkuat organisasi anda. Sebagai ketua kumpulan, anda MESTI POSITIF walaupun downline anda telah mulai negatif. Jika mereka melihat anda masih tetap bersemangat, mereka akan bersemangat kembali.

Hari Ini, Menganyam Impian
Esok, Melakar Rancangan
Lusa, Mulakan Perjalanan
Kelak, Sampai Ke Tujuan

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH