
BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI
Mengadakan Mesyuarat
Mesyuarat khususnya dalam kumpulan anda harus anda lakukan seminggu sekali. Mesyuarat penting sebagai sesi mengumpul maklum balas antara anda dengan downline anda dan seterusnya mengatur strategi bagi memperluas pasaran perniagaan anda. Mesyuarat tidak harus disempitkan maksudnya dengan melihat mesyuarat hanya boleh diadakan di dalam bilik/pejabat khas. Anda berkumpul dengan seorang dua downline anda sambil menikmati kopi atau nasi di restoran sambil membincangkan masalah dan strategi perniagaan anda, itu juga dinamakan sebagai mesyuarat - mesyuarat tidak formal.
Sama ada mesyuarat itu formal atau informal, bercatat atau tidak bercatat, tidak ada bezanya asalkan disusuli dengan tindakan penyudah yang tepat. Mesyuarat formal di kalangan ahli kumpulan sebaik-baiknya membincangkan kaedah dan strategi menjana pasaran. Perlu anda sedari bahawa maklumat strategi kumpulan anda adalah senjata ampuh yang eksklusif yang tidak perlu anda hebahkan kepada orang lain kecuali kepada ahli kumpulan anda.
Ingatlah bahawa perniagaan adalah suatu peperangan. Untuk berjaya dalam peperangan, anda mesti memiliki senjata ampuh dan strategi berkesan yang tidak harus jatuh ke tangan pihak lain. Mesyuarat yang bagus bukanlah mesyuarat yang berisikan ceramah motivasi bam-bam-bum-bum. Motivasi sebegini tidak akan mendatangkan kesan besar kepada downline anda.
Motivasi yang baik adalah menunjukkan cara berkesan untuk berjaya dalam perniagaan ini. Jika pun anda ingin memberikan ceramah yang berapi-api, biarlah isi ceramah relevan dengan tajuk/topik yang menjadi agenda mesyuarat - agenda perniagaan jualan langsung. Jangan meleret-leret sehingga akan memuakkan downline anda. Jangan anda sangka, pendengar tergelak kerana mereka suka akan ceramah anda.Mereka ketawa kerana anda mungkin mencuit hati mereka tetapi kandungan ceramah tidak sampai kepada sasaran. Jangan menyangka pendengar serius dan ternganga mendengar ceramah bam-bum-bam-bum anda kerana belum tentu setiap ceramah anda telah dapat difahami oleh pendengar/downline anda. Sebaik-baiknya sampaikan ceramah anda secara perlahan, jelas, satu persatu supaya semua maklumat yang ingin anda sampaikan dapat sampai pada sasarannya.
Labels: Motivasi
LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH
<< Home