
BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI
Teknik Yang Perlu Dipelajari
MLM (Multi-Level Marketing) atau Pemasaran Pelbagai Aras atau lebih dikenali sebagai Perniagaan Jualan Langsung merupakan suatu industri yang bernilai berbilion-bilion Ringgit walaupun industri ini sebenarnya masih baru di Malaysia. Banyak usahawan jualan langsung yang telah menjadi kaya-raya dalam industri ini. Sesetengahnya menjadi jutawan setelah berkecimpung dengan perniagaan ini untuk beberapa tahun. Sesetengahnya pula hidup senang setelah menukar kerja sepenuh masa mereka dengan perniagaan jualan langsung.
Namun demikian, terdapat banyak pula yang menyertai perniagaan jualan langsung ini yang GAGAL biarpun telah mencubanya sedaya upaya. Mengapa ada yang gagal dalam perniagaan ini sedangkan ada yang berjaya pula? Ada yang mengatakan bahawa mereka GAGAL kerana mereka tidak ada nasib, tidak ada pengalaman dalam perniagaan ini, malu berjumpa dengan pelanggan, dan seribu satu macam alasan/sebab.
Sebenarnya, punca kegagalan dalam perniagaan Jualan Langsung BUKANLAH berpunca daripada nasib atau tidak ada pengalaman berniaga, tetapi disebabkan oleh KETIADAAN TEKNIK, iaitu teknik menaja, teknik menjual, teknik memberikan khidmat kepada downline, teknik membuat home party, dan beberapa teknik lain. Rata-rata mereka yang berjaya dalam perniagaan ini bukanlah mereka yang memiliki pengalaman berniaga yang menakjubkan. Mereka yang berjaya memiliki teknik yang tidak diketahui oleh orang lain.
Tanpa teknik, tiada sesiapa pun yang akan berjaya dalam Industri Jualan Langsung. Teknik boleh dicipta tetapi sama ada berjaya atau tidak, belum tentu lagi. Jangan gadaikan perniagaan anda dengan teknik yang anda cipta sendiri selagi belum teruji berjaya. Bacalah Panduan Lengkap Bagaimana Menjadi Usahawan MLM Yang Berjaya. Rencana panduan ini merupakan hasil kajian menyeluruh penulis tentang kegagalan dan kejayaan usahawan jualan langsung dalam MLM ini. Teknik dan kaedah yang dicatat di dalam rencana ini telah terbukti berjaya dan menjadi amalan Juara-Juara Jualan Langsung. Bacalah dengan tenang dan setelah anda menghayati kandungan rencana ini jangan lupa mengunjungi laman penaja kami yang terpapar pada banner atau link-link tertentu.Rencana panduan ini ditulis dalam Bahasa Malaysia yang mudah difahami oleh sesiapa juga yang berkecimpung dalam industri jualan langsung ini. Jadikan panduan di dalam rencana ini sebagai pemangkin kejayaan anda dalam perniagaan ini.
Labels: Motivasi
LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH
<< Home