
BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI
Khasiat Madu Lebah

Keistimewaan lebah ini telah diabadikan oleh Allah di dalam kitabnya Al-Quran. Pengabadian ini di lakukan dengan menamakan satu surah dengan nama lebah(Al-Nahl)
Allah telah berfirman menerusi surah Al-Nahl mengenai lebah dan khasiat yang terdapat pada madu lebah.
Firman Allah:
Maksudnya: "Dan tuhanmu memberi ilham kepada lebah "hendaklah engkau membuat sarangmu pada gunung-ganang,dan pada pokok-pokok kayu, dan juga pada bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. "Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan-jalan peraturan tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu"(dengan itu ) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit)sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah)bagi orang-orang yang berfikir."
Sejak berzaman, madu lebah telah digunakan dalam perubatan sama ada digunakan madu lebah secara sendirian ataupun digunakan sebagai salah satu bahan dalam ramuan ubat tertentu. Allah SWT telah mengisytiharkan bahawa madu adalah satu penawar bagi pelbagai jenis penyakit dan ia juga merupakan kesukaan Rasulullah SAW.
Kepentingan pemakanan madu lebah dan penjagaannya dari segi kesihatan amat berkesan dan mempunyai pelbagai khasiat. Bagi pesakit kencing manis, kandungan gula fruktos yang terdapat dalam madu lebah mampu membakar bahan-bahan bergula yang berlebihan di dalam tubuh bagi menggantikan ketidakmampuan glukos melakukanya.
Madu lebah juga sesuai di amalkan oleh mereka yang mengalami penyakit limpa dan sebagai bahan yang paling baik untuk merawat luka-luka dan bengkak kulit. Mengikut ilmu kedoktoran hindu lama madu lebah mampu mengekalkan paras rupa seseorang (awet muda)sekiranya mengamalkan pengambilan madu lebah.
Pelopor kepada ilmu kedoktoran moden, Ibnu Sina telah mengeluarkan pendapat "Sekiranya kamu ingin mengekalkan kemudaan (awet muda),maka makanlah madu lebah.
Labels: Produk SURECO
LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH
<< Home