SURECO Bersama MuhibahDotNet

SIAPA LAGI YANG NAK TOLONG ORANG KITA JIKA BUKAN KITA SENDIRI

Monday, September 18, 2006

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

Madu asli rawat luka dua minggu

Oleh Mona Ahmad

Rawatan terhadap 102 pesakit sebagai sampel kajian penyelidik Pusat Perubatan Universiti Malaya capai kejayaan 100 peratus

MADU adalah rawatan perubatan kuno yang sudah digunakan sejak beberapa abad lalu untuk merawat ulser, penglupasan, jangkitan mata, tekak dan menyembuhkan luka akibat terkena peluru.

“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah buatlah sarang di gunung, di pohon dan dari apa yang didirikan. Kemudian makanlah daripada tiap buah-buahan, lalu tempuhlah jalan Tuhanmu dengan merendahkan diri.

“Dari perutnya (lebah) keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, didalamnya (terdapat) ubat bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu (terdapat) tanda-tanda kekuasaan Allah (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkannya.” (Surah Nahl: Ayat 68-69)

Berdasarkan ayat al-Quran itu, sekumpulan penyelidik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) merawat pesakit yang mengalami masalah luka kemalangan, kecederaan akibat tetakan, kebakaran dan luka kerana kencing manis.

Menerusi kajian yang dikenali sebagai Penggunaan Madu Dalam Pengurusan Luka: Pemerhatian Klinikal, sekumpulan penyelidik terdiri daripada Dr Anwar Suhaimi, Prof Kamaruddin M Yusoff, Zainabe Syed Akka dan Dr Farizah Hairi berjaya merawat 102 pesakit sejak Julai 1998 hingga 2003.

Menarik mengenai kajian yang membabitkan sampel yang dikatakan paling besar di Malaysia dengan kadar kejayaan 100 peratus itu, turut berjaya merawat luka itu dalam tempoh paling singkat iaitu dua minggu.

Dr Anwar berkata, kebanyakan pesakit yang bersetuju menggunakan kaedah rawatan itu ialah mereka yang pernah dirawat secara moden menggunakan dressing dengan ubat moden, tetapi luka yang dialami masih tidak sembuh.

Katanya, PPUM memperoleh madu lebah asli daripada Jabatan Pertanian dan dihantar ke Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear (Mint) untuk rawatan gamma radiasi bagi memastikan bakteria dalam spora musnah.

"Kita hanya tuang madu itu di kawasan luka dan ia akan memenuhi bahagian yang lazimnya tidak boleh memasuki ubat luka kerana ruang dan saluran yang terlalu sempit.

"Kadangkala, kami meneruskan kepada proses kedua pula iaitu merendamkan gauze dalam madu lebah kemudian melekatkannya pada luka itu dan sebelum menampal kapas dan membalut luka itu. Apa yang paling menarik ialah pesakit tidak langsung berasa sakit ketika proses dressing menggunakan madu, berbanding menggunakan kaedah biasa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Penggunaan Madu dalam Bidang Perubatan: Daripada Sarang ke Terapi, anjuran Universiti Sains Malaysia (USM) yang berlangsung selama tiga hari di Kota Bharu, baru-baru ini.

Sementara itu, Dr Kamaruddin yang sudah menjalankan penyelidikan mengenai madu lebah sejak 20 tahun lalu berkata, manisan itu mempunyai ejen yang boleh membunuh bakteria dikenali sebagai hidrogen peroksida dan organik antibakteria.

Selain itu, katanya, madu lebah turut mempunyai mikro nutrien seperti garam galian, vitamin dan asid amino yang mampu membina semula tisu yang rosak akibat luka itu. Kaedah ini lebih murah daripada dressing secara konvensional.

"Saya berikan tiga jenis madu iaitu yang diimport dari Barat, Timur Jauh dan tempatan kepada jururawat untuk digunakan dalam rawatan luka pesakit. Jururawat dan pesakit itu tidak tahu madu itu berasal dari mana.

"Apa yang mengejutkan, kami mendapati luka pesakit lebih cepat sembuh menggunakan madu asli tempatan," katanya yang kini berkhidmat di Jabatan Perubatan Molekular, Universiti Malaya (UM).

Katanya, penggunaan madu dalam rawatan kecederaan bergantung kepada tahap luka itu. Rawatan dilakukan setiap hari jika luka besar dan dalam, dan selang sehari atau seminggu sekali bergantung pada luka.

Bagi pesakit kencing manis pula, rawatan menggunakan madu bagi memulihkan luka tidak menjejaskan tahap gula dalam badan pesakit.

Bagaimanapun, katanya, pesakit perlu berhati-hati dengan tidak mencuba rawatan itu menggunakan madu campuran atau sintetik yang boleh memudaratkan pesakit, termasuk meningkatkan kadar sukrosa dan merosakkan sel herpa (hati).

Katanya, mengikut kajian sejak lapan tahun lalu, kebanyakan madu tempatan yang didakwa tulen di pasaran sebenarnya dicampur dengan gula pasir atau dihasilkan di kilang menerusi tindak balas kimia.

"Kami dapati kebanyakan madu yang didakwa asli ini menggunakan campuran gula pasir dan kandungannya ada yang mencecah 50 peratus, sekali gus menyebabkan penyakit kencing manis jika diambil secara berterusan.

"Madu sintetik pula dihasilkan di kilang menggunakan sirap jagung berfruktosa tinggi yang dicampur dengan asid pekat yang menghasilkan sejenis bahan yang dikenali sebagai hydroxymethylfurfuraldehyde (HMF).

"HFM menghasilkan sejenis toksik yang boleh menjejaskan sel herpa (hati) pengguna dan boleh menyebabkan kanser usus besar," katanya.

Berikutan itu, beliau menasihatkan orang ramai berhati-hati ketika membeli madu yang dijual di pasaran, bagi mengelakkan ditipu seterusnya menjejaskan kesihatan.

"Memang madu banyak khasiat terutama dari segi perubatan, tetapi jika kita tersalah pilih dengan makan madu bukan asli, banyak keburukan bakal menanti. Belilah madu terus dari penternak atau sumber yang diyakini," katanya.

FAKTA
Madu lebah asli:

Kandungan:
  • Ejen membunuh bakteria, hidrogen peroksida.
  • Bahan organik antibakteria.
  • Mikro nutrien (garam galian, vitamin dan asid amino).
Cara rawatan:
  • Tuang madu lebah di bahagian luka dan masukkan gauze yang direndam dengan madu di bahagian luka. Lekapkan kapas bagi menyerap cecair yang keluar dan balut.
Tempoh rawatan:
  • Dua hingga empat minggu
Perbezaan madu asli dan tiruan
  • Madu campuran mengandungi kandungan gula sukrosa melebihi lima peratus
  • Madu sintetik mengandungi kandungan HMF melebihi 80 miligram perkilogram madu
  • Sukar untuk membezakan antara madu asli dan tiruan melainkan menerusi ujian makmal
  • Bagi mereka yang biasa makan madu tulin, dengan sendirinya dapat membezakan rasa madu tiruan.

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

Sunday, August 27, 2006

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

JUS KURMADU

Gabungan khasiat alam semulajadi - jus kurma, madu lebah dan mengkudu
  • Memberikan tenaga segera, baik untuk mengatasi masalah keletihan terutama kepada wanita hamil
  • Membantu mengatasi masalah sembelit
  • Sesuai untuk bayi yang masih menyusu atau menyusu botol
  • Menguatkan antibodi bagi melawan virus selsema atau batuk
  • Membantu masalah lelah dengan diminum suam
  • Sesuai untuk pesakit kencing manis untuk menggantikan keperluan gula
  • Membantu melegakan gastrik

KHASIAT JUS KURMADU (KURMA + MADU ASLI + MENGKUDU) DAN SASARAN PENGGUNA

Bagi WANITA HAMIL yang sering mengalami gejala lemah / letih dan sembelit atau mudah mengalami darah tinggi (ketara berkesan membantu disaat kehamilan)

Bayi atau kanak-kanak yang masih menyusu / menggunakan botol :
  • Boleh dicampurkan ke dalam susu tepung atau air suam (di aduk manis-manis buah sahaja)
  • Membantu anti-bodi supaya tidak mudah batuk, selsema atau sembelit bagi kanak-kanak yang tidak suka memakan sayur.
Bagi kanak-kanak atau sebahagian orang yang kurang suka pada kurma kerana rasanya terlalu manis. Minuman ini lebih mudah untuk di hadam / di serap dan enak.
  • Sebagai pilihan baru untuk minuman harian selain dari air teh / kopi atau bagi mereka yang tidak menggemari minuman susu - lebih enak jika dicampurkan ke dalam susu tepung
  • Tiada mengandungi sebarang PERISA seperti kebanyakan kordial / minuman lain di dalam pasaran.
Lelaki yang sudah berusia atau wanita yang mengalami Menopaus sering mengalami sengal-sengal, letih atau sembelit - KURMADU sangat membantu mengurangkan gejala tersebut.

Pesakit LELAH
  • Dapat mengurangkan lelah dan batuk dengan pengambilan beberapa kali sehari atau mengikut keperluan tetapi perlu diminum dalam keadaan suam/panas
Pesakit KENCING MANIS
  • Perlu mengawal pengambilan untuk mengimbangi gula dalam badan kerana tanpa / kurang gula akan menyebabkan pesakit terlalu lemah
Pesakit GASTRIK
  • Sangat sesuai bagi pesakit gastrik disamping mengeyangkan

MINDA
  • Membantu meningkatkan daya kecergasan minda. Diminum setiap pagi dan malam dalam keadaan panas atau sejuk
Sesuai sebagai pilihan untuk dijadikan hadiah atau buah tangan kepada sesiapa jua

MINUMAN BERKHASIAT SESUAI UNTUK SEMUA GENERASI

KURMA TERBUKTI BERKHASIAT

Terdapat 21 ayat da dalam Al Quran yang menyebut tentang kurma. Diantaranya ialah:
".... Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang menrunsingkan" (Maryam 25-26)

Terdapat tidak kurang dari 263 hadis yang menyebut tentang khasiat kurma. Diantaranya ialah:
".... Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang yang penyabar dan bersopan-santun, kerana makanan Siti Mariam A.S. ketika melahirkan nabi Isa A.S adalah buah tamar. Sekiranya Allah ada menjadikan sesuatu buah yang lebih baik daripada tamar, sudah tentu Allah telah memberi makan (kepada Siti Mariam A.S)"

Kajian Dr. Mahmud Nazim Al-Nasimy - (Tempoh Mengandung Dari Segi Perubatan, Fiqhiyah Dan Perundangannya)
  • Menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran
  • Memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan
  • Memudahkan kelahiran bayi
  • Mengurangkan tumpah darah
  • Menguatkan organ rahim
  • Meredakan tekanan darah tinggi

Kajian Professor Madya Aisyah Mohd Zain - (Pensyarah Fakulti Sains Dan Bioteknologi - Universiti Putra Malaysia)

  • Mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan juga barah usus besar
  • Merangsangkan selera makan
  • Menguatkan daya ingatan
  • Melawaskan
  • Menambah tenaga seksual
  • Boleh digunakan sebagai pencuci mulut

Kajian daripada Ahli Sains Mesir
  • Membantu memanaskan badan
  • Mencergaskan otak dan tubuh badan
  • Menyegarkan minda
  • Membantu tumbesaran kanak-kanak
  • Membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah
  • Merawat buah pinggang dan mencuci hati
  • Menguatkan rahim wanita yang hampir bersalin
  • Wanita yang melahirkan anak, ia boleh juga membantu mengurangkan pengaliran darah kerana ia turut mengandungi glukosa

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

Friday, July 28, 2006

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

Kenali Pegaga (Centella Asiatica)

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengiktiraf pegaga sebagai herba menjana kecerdasan berfikir terutamanya di kalangan kanak-kanak. Pegaga yang dikenali juga sebagai Centella asiatica telah diperakui WHO kerana kaya dengan pelbagai ramuan ubatan. Bagi masyarakat Cina, mereka menamakan pegaga sebagai Ching Chow Sui manakala orang India pula memanggilnya valeerai dan gotu kola.

Sebenarnya khasiat pegaga telah lama diiktiraf di seluruh Asia. Kajian yang dilakukan pada 1949, mendapati pegaga mujarab untuk mengubati penyakit kusta dan ulser kerana ciri-ciri antibakteria yang ada padanya. Penyelidikan seterusnya yang dijalankan dalam tahun 1950-an pula mendapati pegaga amat baik untuk menyembuhkan luka, kudis serta mengubati kerengsaan kulit. Sebagai 'makanan menjana kecerdasan otak', herba ini amat mujarab untuk memperbaiki fungsi minda seperti meningkatkan daya ingatan dan penumpuan fikiran.

Selain itu, pegaga juga telah lama digunakan sebagai tonik untuk membersihkan darah dan menghasilkan kulit yang sihat. Amalan meminum jus pegaga amat mujarab untuk membantu mereka yang bermasalah untuk tidur, merawat kerengsaan kulit dan tekanan darah tinggi. Walaupun pegaga amat baik dimakan mentah tetapi daun yang diramas dengan sedikit air amat baik jika disapukan pada kudis dan luka. Di samping itu, pegaga juga memberi kesan kepada beberapa peringkat pembentukan tisu seperti menghilangkan parut, membina kolagen, merangsang pembentukan rambut dan kuku.

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

Sunday, July 23, 2006

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

Khasiat Air



Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

"MENGANTUKNYA! Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk. Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam aku tidur nyenyak," rungut seorang rakan yang beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer.

Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.

Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.

Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.

Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.

Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.

Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.

Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Berapa banyak air yang kita perlukan?

Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.

Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.

Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air? Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.

Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.

Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.

Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.

Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.

Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang, jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.

Kesan kekurangan cecair

Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:
  • Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
  • Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah
  • Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak
  • Tekanan darah menurun
  • Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk
  • Lesu pada waktu siang
  • Sakit belakang
  • Dehidrasi
  • Sakit kepala
  • Memperlahankan kadar metabolisma
  • Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara
  • Sendi dan otot mengalami kekeringan
  • Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
  • Meningkatkan keinginan untuk makan
  • Darah menjadi pekat
  • Mudah keliru.
  • Degupan jantung meningkat
  • Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

Thursday, April 13, 2006

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

VITIS Sasar Potensi Jualan Baik Di Malaysia



KUALA LUMPUR 11 April - Pengedar produk biji anggur Jerman VITIS, VITIS (M) Sdn. Bhd. (VITIS Malaysia) menyasarkan potensi jualan yang baik di Malaysia dengan meningkatnya kesedaran terhadap penjagaan kesihatan diri.

Penubuhan VITIS Malaysia sendiri adalah bukti meningkatnya permintaan pelanggan untuk mendapat produk berkenaan, kata Pengarah Urusan VITIS Malaysia, Rolf Mannel.

Mannel berkata: "Sejak beroperasi pada tahun 2004, kami berjaya mencapai sasaran permulaan seperti yang telah dirancang dan ditetapkan."

Beliau bagaimanapun enggan menyatakan sebarang perangkaan jualan.

"Pertumbuhan kami tidaklah mendadak tetapi sebaliknya secara konsisten, seimbang dan perlahan."

"Perkembangannya masih perlahan kerana pihak syarikat masih perlu mendidik pelanggan kami mengenai produk VITIS yang masih baru di kalangan masyarakat Malaysia,"' kata Mannel kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Mengenai prospek bagi tahun ini, Rolf berkata, pihaknya merancang memperluas dan mengukuh jaringan pemasaran menerusi program-program termasuk ceramah kesihatan.

"Kami akan mengendalikan ceramah kesihatan dan program pendidikan dengan institusi-institusi kesihatan tentang khasiat produk terhadap penyakit jantung, kencing manis, strok dan barah," kata beliau.

Melalui usaha itu, kata beliau, ia mampu memupuk kesedaran di kalangan rakyat Malaysia mengenai produk syarikat dan seterusnya menjurus kepada peningkatan dalam jumlah jualan.

Ditanya mengenai sasaran pendapatan Mannel berkata, pihaknya menyasarkan pulangan sehingga RM4 juta untuk tahun ini.

"Dalam mencapai sasaran ini, kami akan berusaha mencetuskan kesedaran awam mengenai produk-produk kami melalui usaha-usaha promosi rangkaian kedai farmasi tempatan," kata beliau.

Mannel berkata, pihaknya juga akan berusaha mempelbagai dan memperbanyakkan lagi kategori dan pilihan produknya.

Setakat ini, VITIS Malaysia mempunyai dua produk utama VITIS Malaysia iaitu minyak biji anggur dalam botol 250 mililiter (ml) dan juga tepung biji anggur.

Beliau berkata, pihak merancang untuk mempelbagaikan produk dengan menghasilkan minyak biji anggur dalam bentuk kapsul jel lembut dan minyak biji anggur dalam botol 500 ml.

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

Monday, March 20, 2006

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

MADU - Makanan Kesihatan Secara Semulajadi

Di alaf moden ini kebanyakan penyakit berpunca dari cara hidup dan persekitaran yang tidak sihat, antaranya ;

  • Pemakanan yang tidak seimbang dan tidak berkhasiat
  • Pencemaran makanan dengan toksin dan bahan kimia
  • Pencemaran Air dan Udara
  • Tabiat merokok dan Alkohol
  • Tekanan (Stress)
  • Pengambilan ubat secara tidak terkawal

Faktor-faktor ini meningkatkan toksin dan radikal bebas didalam tubuh yang akhirnya akan merosakkan sel-sel tubuh kita. Fungsi organ-organ utama tubuh dan juga sistem pertahanan tubuh akan menjadi lemah dan seterusnya mendedahkan diri kita kepada berbagai penyakit.

Perubahan ini menyumbang kepada pelbagai penyakit kronik masa kini (diabetis, hipertensi, kanser, strok dll), penyakit degeneratif, jangkitan kuman dan mempercepatkan proses penuaan.

Jadi apakah tindakan kita untuk meneutralkan ancaman-ancaman yang merosakkan tubuh kita ini? Sudah sampai masanya kita kembali kepada perkara asas dalam menjamin kesihatan yang optima iaitu pemakanan untuk kesihatan. Amalkanlah makanan yang cukup dari segi zatnya disamping dapat melindungi organ-organ tubuh supaya tubuh kita mampu menangkis serangan penyakit. lebih baik lagi sekiranya makanan itu SEMULAJADI, TULIN DAN TINGGI KHASIAT.

Madu adalah cairan manis yang berasal dari nektar tanaman yang diproses oleh lebah pekerja menjadi madu dan tersimpan dalam sel-sel sarang lebah.

Rasa dan jenis madu juga ditentukan oleh jenis bunga sebagai makanan lebah tersebut misalnya pelbagai jenis bunga daripada pokok yang berhampiran sarang lebah. Hasil madu juga amat dipengaruhi oleh cuaca dan iklim di mana bunga yang dihisap oleh lebah tersebut berada.

Kandungan madu terdiri dari air, gula (fruktosa, glukosa, sukrosa, maltosa), vitamin (B1, B2, B5, B6, C), mineral (Ca, Na, P, Fe, Mg, Mn), serbuk dan enzim berupa diastase.

Orang Mesir kuno telah menggunakan madu ini dengan mempersembahkan madu dan serbuk madu kepada dewa. Sebuah lukisan di dalam sebuah gua di Sepanyol juga menunjukkan bahawa madu lebah juga sudah dikenal sejak zaman dahulu kala. Madu telah digunakan untuk perubatan mungkin sejak zaman pra-sejarah. Orang Yunani kuno juga telah mengenal produk lebah, Hippocrates (460 - 377 SM), yang sering disebut "Bapa Perubatan Moden", juga menggunakan produk lebah dalam pengubatannya. Dan dia sendiri juga mengambil madu dan menyatakan bahawa madu dapat memanaskan tubuh, membersihkan luka, menutup luka pada permukaan kulit, dan menyembuhkan alergi (alahan). Kaum filsuf zaman dahulu seperti Pythagoras juga mengambil madu yang semuanya percaya bahawa madu dapat memanjangkan umur dan menyembuhkan banyak penyakit.

Madu boleh dimanfaatkan untuk:

  • Makanan kesihatan secara semulajadi
  • Meningkatkan stamina tubuh
  • Anti bakteria
  • Anti kulat
  • Merawat kulit
MADU LINDEN - SUREBEE

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

Friday, March 17, 2006

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

Salun SURE SERI

Mulai Mac 2006, Salun SURE SERI akan menyediakan klinik kecantikan untuk memberi khidmat nasihat dan mengenalpasti masalah-masalah kulit dan kaedah rawatan yang betul. Klink kecantikan ini akan dikendalikan oleh Pn. Foziah M. Fo'ad, Pakar Kecantikan Salun SURE SERI.

Salun SURE SERI
39, Jalan Wangsa Setia 3
Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur
Tel : 03-4149 8898

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

Friday, March 10, 2006

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

Khasiat Madu Lebah

Lebah atau nama saintifiknya Apis mellifera di antara makhluk ciptaan Allah yang dikenali lantaran madu yang di hasilkannya. Tanpa madu, lebah hanya di anggap sebagai sejenis binatang biasa ,walaupun ia merupakan agen pendebungaan yang penting. Masyarakat lebah amat dikenali sebagai satu kelompok masyarakat yang berdisiplin, komited dan rajin bekerja .Hasil dari kerajinan dan ketekunan makhluk Allah ini maka terhasillah madu yang mempunyai 1001 khasiat yang secara tidak langsung memberi sumbangan yang besar bagi kesejahteraan kehidupan manusia.

Keistimewaan lebah ini telah diabadikan oleh Allah di dalam kitabnya Al-Quran. Pengabadian ini di lakukan dengan menamakan satu surah dengan nama lebah(Al-Nahl)

Allah telah berfirman menerusi surah Al-Nahl mengenai lebah dan khasiat yang terdapat pada madu lebah.

Firman Allah:

Maksudnya: "Dan tuhanmu memberi ilham kepada lebah "hendaklah engkau membuat sarangmu pada gunung-ganang,dan pada pokok-pokok kayu, dan juga pada bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. "Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan-jalan peraturan tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu"(dengan itu ) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit)sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah)bagi orang-orang yang berfikir."

Sejak berzaman, madu lebah telah digunakan dalam perubatan sama ada digunakan madu lebah secara sendirian ataupun digunakan sebagai salah satu bahan dalam ramuan ubat tertentu. Allah SWT telah mengisytiharkan bahawa madu adalah satu penawar bagi pelbagai jenis penyakit dan ia juga merupakan kesukaan Rasulullah SAW.

Kepentingan pemakanan madu lebah dan penjagaannya dari segi kesihatan amat berkesan dan mempunyai pelbagai khasiat. Bagi pesakit kencing manis, kandungan gula fruktos yang terdapat dalam madu lebah mampu membakar bahan-bahan bergula yang berlebihan di dalam tubuh bagi menggantikan ketidakmampuan glukos melakukanya.

Madu lebah juga sesuai di amalkan oleh mereka yang mengalami penyakit limpa dan sebagai bahan yang paling baik untuk merawat luka-luka dan bengkak kulit. Mengikut ilmu kedoktoran hindu lama madu lebah mampu mengekalkan paras rupa seseorang (awet muda)sekiranya mengamalkan pengambilan madu lebah.

Pelopor kepada ilmu kedoktoran moden, Ibnu Sina telah mengeluarkan pendapat "Sekiranya kamu ingin mengekalkan kemudaan (awet muda),maka makanlah madu lebah.

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

Khasiat Minyak Biji Anggur

Minyak Biji Anggur kaya Dengan OPC (Oligomeric Proantho Cyanidin), bahan antioksida dan unsur semula jadi penting.

OPC terdiri daripada flavoid dan flavanol istimewa. Di dalamnya terdapat bahan semula jadi dan tidak bertoksid.

OPC juga kaya dengan protin terutamanya kalogen yang menjadi bahan utama dalam pembentukan sel dan tisu. Adalah dipercayai OPC berfungsi 50 kali lebih kuat daripada Vitamin E dan 20 kali lebih berkesan berbanding Vitamin C. Kajian menunjukkan, berbanding tumbuhan lain, OPC paling banyak didapati di dalam biji anggur.

Fungsi OPC dikatakan mampu:
  • Meneutralkan bahan radikal bebas yang menyerang dan merosakkan sel DNA manusia.
  • Bertindak sebagai bahan antioksida mudah serap yang berfungsi untuk membantu sistem tubuh manusia.
  • Berupaya menurunkan kadar LDL kolestrol. Membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan salur darah.
  • Menyumbang kepada peningkatan tahap sistem imunisasi tubuh serta daya tahan terhadap serangan penyakit.
  • Menyumbang bahan kolagen untuk kulit dan awet muda.
  • Menghalang pembengkakan dan keradangan. Melancarkan perjalanan darah.
  • Mengurangkan gangguan ketahanan sistem tubuh untuk wanita yang hampir monopous.
  • Membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan.
  • Mencantikkan kulit dengan menggalakkan pembaikan dan pembentukan tisu.
  • Amat sesuai untuk ibu-ibu mengandung dan perkembangan janin di dalam kandungan.
  • Bertindak sebagai bahan anti bakteria, anti virus, anti kanser dan pelindung kepada alahan.
  • Berfungsi sebagai penghalang oksidasi awal lipid, kerapuhan dan kekerasan dinding kapilari darah

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

Khasiat Minyak Biji Anggur

Minyak Biji Anggur kaya Dengan OPC (Oligomeric Proantho Cyanidin), bahan antioksida dan unsur semula jadi penting.

OPC terdiri daripada flavoid dan flavanol istimewa. Di dalamnya terdapat bahan semula jadi dan tidak bertoksid.

OPC juga kaya dengan protin terutamanya kalogen yang menjadi bahan utama dalam pembentukan sel dan tisu. Adalah dipercayai OPC berfungsi 50 kali lebih kuat daripada Vitamin E dan 20 kali lebih berkesan berbanding Vitamin C. Kajian menunjukkan, berbanding tumbuhan lain, OPC paling banyak didapati di dalam biji anggur.

Fungsi OPC dikatakan mampu:
  • Meneutralkan bahan radikal bebas yang menyerang dan merosakkan sel DNA manusia.
  • Bertindak sebagai bahan antioksida mudah serap yang berfungsi untuk membantu sistem tubuh manusia.
  • Berupaya menurunkan kadar LDL kolestrol. Membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan salur darah.
  • Menyumbang kepada peningkatan tahap sistem imunisasi tubuh serta daya tahan terhadap serangan penyakit.
  • Menyumbang bahan kolagen untuk kulit dan awet muda.
  • Menghalang pembengkakan dan keradangan. Melancarkan perjalanan darah.
  • Mengurangkan gangguan ketahanan sistem tubuh untuk wanita yang hampir monopous.
  • Membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan.
  • Mencantikkan kulit dengan menggalakkan pembaikan dan pembentukan tisu.
  • Amat sesuai untuk ibu-ibu mengandung dan perkembangan janin di dalam kandungan.
  • Bertindak sebagai bahan anti bakteria, anti virus, anti kanser dan pelindung kepada alahan.
  • Berfungsi sebagai penghalang oksidasi awal lipid, kerapuhan dan kekerasan dinding kapilari darah

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

Khasiat Minyak Biji Anggur

Minyak Biji Anggur kaya Dengan OPC (Oligomeric Proantho Cyanidin), bahan antioksida dan unsur semula jadi penting.

OPC terdiri daripada flavoid dan flavanol istimewa. Di dalamnya terdapat bahan semula jadi dan tidak bertoksid.

OPC juga kaya dengan protin terutamanya kalogen yang menjadi bahan utama dalam pembentukan sel dan tisu. Adalah dipercayai OPC berfungsi 50 kali lebih kuat daripada Vitamin E dan 20 kali lebih berkesan berbanding Vitamin C. Kajian menunjukkan, berbanding tumbuhan lain, OPC paling banyak didapati di dalam biji anggur.

Fungsi OPC dikatakan mampu:
  • Meneutralkan bahan radikal bebas yang menyerang dan merosakkan sel DNA manusia.
  • Bertindak sebagai bahan antioksida mudah serap yang berfungsi untuk membantu sistem tubuh manusia.
  • Berupaya menurunkan kadar LDL kolestrol. Membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan salur darah.
  • Menyumbang kepada peningkatan tahap sistem imunisasi tubuh serta daya tahan terhadap serangan penyakit.
  • Menyumbang bahan kolagen untuk kulit dan awet muda.
  • Menghalang pembengkakan dan keradangan. Melancarkan perjalanan darah.
  • Mengurangkan gangguan ketahanan sistem tubuh untuk wanita yang hampir monopous.
  • Membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan.
  • Mencantikkan kulit dengan menggalakkan pembaikan dan pembentukan tisu.
  • Amat sesuai untuk ibu-ibu mengandung dan perkembangan janin di dalam kandungan.
  • Bertindak sebagai bahan anti bakteria, anti virus, anti kanser dan pelindung kepada alahan.
  • Berfungsi sebagai penghalang oksidasi awal lipid, kerapuhan dan kekerasan dinding kapilari darah

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

Khasiat Kurma

Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.

Kurma yang dikenali sebagai Phoenix dactylifera L. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.

Kurma mengandungi sejenis bahan protin serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.

Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetis, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.

Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk, jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.

Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, di dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.

Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.

Firman Allah:

Maksud: "Dan gegarlah kearahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan."

Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini, sabdanya: "Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan- santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar."

"Sekiranya Allah ada menjadikan sesuatu buah yang lebih baik daripada tamar sudah tentu Allah telah memberikan (kepada Siti Maryam)"

Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran dan hadith Rasul, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh mengandung dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

Kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia,menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Disamping menambahkan tenaga seksual,kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.

Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

Wednesday, March 08, 2006

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

Produk-produk yang bakal menemui kita

Rangkaian produk SURE MANTIK & SURE CARE pertama yang akan dikeluarkan
  • Shaving foam
  • After shave essence (Charming)
  • After shave essence (Elegance)
  • Hair cream
  • Deoderant
  • Hygiene wash
  • Hygiene wash (foam)
  • Breast massage lotion
  • Purifying cleansing gel
  • 2 in 1 moisturiser
  • Body whitening scrub
  • Body mask
  • Sure Care body whitening lotion
  • Hot body shaping
  • Massage oil
  • Talcum powder
  • Baby care lotion

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

Friday, February 17, 2006

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

Produk SURECO Akan Datang

SURECO dalam pembangunan perniagaan 2006 akan mengeluarkan produk-produk terbaru dan terbaik di pasaran. Di antaranya ialah :

  • SureDelima : 100% Natural Asli Jus Buah Delima
  • SureVCO : 100% Organik Minyak Kelapa Dara
  • Cenkudu-O : kopi pra-campur Mengkudu & Cendawan Merah
  • Ubat Gigi CENKUDU : Untuk kanak-kanak dengan perisa anggur, mangga & strawberi
  • Kapsul Cenkudu Herba PLUS : Kacip Fatimah, Kunyit, Temulawak, Habbatus Sauda', Misai Kucing, Inulin & Pegaga

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

Thursday, December 29, 2005

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

Rangkaian Produk

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

Tuesday, December 27, 2005

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

PHASEOLAMIN

Sumber flavonoids untuk kesihatan unggul
  • Mengurangkan risiko kanser
  • Mengurangkan risiko angin ahmar dan penyakit jantung
  • Mengurangkan kesan penuaan
  • Melegakan selsema dan athma
  • Mengurangkan risiko radang kulit
  • Mengurangkan risiko radang sendi dan otot yang menjadi punca gout
  • Mengurangkan suhu badan akibat menopause
  • Membantu menurunkan berat badan dan mengurangkan risiko obesiti

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

T-Cenkudu

Campuran teh, ekstrak mengkudu, halia dan cendawan merah.
  • Memberikan tenaga segera, baik untuk mengatasi masalah lemah tenaga badan, lemah tenaga batin dan sering keletihan
  • Melancarkan peredaran darah, merendahkan kolestrol, mengawal kadar glukos dalam darah
  • Meningkatkan sistem ketahanan badan
  • Membuang angin dalam badan
  • Mengatasi masalah pernafasan (lelah)
  • Mengatasi masalah penghadaman
  • Melegakan sembelit, membersihkan usus
  • Menguatkan antibodi

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

SURESERI

Serbuk pencuci pakaian yang berkuasa, suci, dan bermutu
  • Mengandungi enzim cucian, oksigen aktif, agen bioaktif, phosphate, penyeri optik, bahan anti bakteria, pencegah enapan kotoran, pencegah karat, non-ionic berkuasa pekat dan biodegradable
  • 4 kali lebih cucian dari pencuci lain
  • Bilasan lebih mudah
  • Menghilangkan lumuran berprotin dan berkanji
  • Menghilangkan kotoran degil
  • Menguatkan struktur fabrik
  • Memelihara warna pakaian
  • Mencegah bakteria dan kulat pada pakaian
  • Mencegah dan melindungi komponen besi daripada berkarat
  • Pencuci serbaguna
  • Mesra alam
  • Tidak mengandungi lemak binatang dan dijamin suci

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

SUREBEE - MADU ASLI

Madu asli unggul dari bunga Linden yang mempunyai aroma dan rasa yang hebat
  • Memberikan tenaga segera, baik untuk mengatasi masalah lemah tenaga badan, lemah tenaga batin dan sering keletihan
  • Melancarkan peredaran darah, merendahkan kolestrol, mengawal kadar glukos dalam darah
  • Meningkatkan sistem ketahanan badan
  • Bertindak sebagai painkiller
  • Makanan lengkap untuk semua peringkat usia
  • Merawat saraf dan melegakan tubuh badan
  • Mengatasi masalah pernafasan (lelah)
  • Mengatasi masalah kekejangan
  • Melegakan sembelit, membersihkan usus serta membantu penghadaman

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

KO-CENKUDU

Campuran koko, ekstrak mengkudu, cendawan merah, gula, susu, vanilla, badam dan tepung biji anggur
  • Sumber tenaga harian bagi mereka yang aktif bekerja
  • Mengandungi anti kerosakan gigi
  • Membantu mengurangkan kolestrol dalam darah
  • Membantu memberi tumpuan
  • Melawaskan pembuangan air kecil dan besar
  • Memelihara kestabilan kulit
  • Membantu mengurangkan masalah anemia
  • Membantu menenangkan fikiran

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH