SURECO Bersama MuhibahDotNet

SIAPA LAGI YANG NAK TOLONG ORANG KITA JIKA BUKAN KITA SENDIRI

Friday, March 17, 2006

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

SUREKOP Bersedia Untuk Majlis Perasmian

Pada 11 Februari 2006 yang lalu telah diadakan mesyuarat ketiga Jawatankuasa Penaja SUREKOP di Wangsa Maju bagi membincangkan agenda-agenda berikut :

  • Menentukan tarikh perasmian dan Mesyuarat Agung Permulaan SUREKOP
  • Meluluskan Draf Undang-undang Kecil SUREKOP

Selepas perasmian dan Mesyuarat Agung Permulaan, pendaftaran ahli di seluruh negara akan dibuka. Ianya akan dikendalikan oleh Pegawai koperasi SUREKOP, En. Zulkifli Mohd. Yusof bersama-sama En. Ros Samsuddin.
Segala pertanyaan sila tujukan kepada :

Pejabat Urusetia SUREKOP
8-2, Jalan 4/27F Off Jalan Genting Kelang
Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur

En. Zulkifli Mohd. Yusof 019-220 3548
En. Ros Samsuddin 03-4143 8221 ext 110

Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan SUREKOP akan menentukan halatujunya sebagai peneraju rangkaian hypermarket, pasaraya dan minimarket yang memasarkan barangan dan produk keluaran orang-orang Muslim terutamanya ahli-ahli SURECO.

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH