
BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI
Keuntungan Perniagaan Network Marketing
Keuntungan Perniagaan Network Marketing
Kenapakah cara pengedaran Network Marketing sangat menarik dari sudut perniagaan?
Anda tidak perlu menggaji pekerja. Anda tidak perlu membayar gaji pekerja atau KWSP atau bonus kepada dowline anda.
Anda boleh mendapat wang tambahan tanpa berhenti dari pekerjaan sepenuh masa anda.
Anda boleh memanafaatkan teknologi canggih yang disediakan oleh syarikat dan anda tidak perlu membayar overhead yang tinggi setiap bulan seperti perniagaan biasa.
Anda mempunyai satu perniagaan yang boleh di duplikasikan.
Network Marketing memberikan peluang kepada individu seperti anda untuk memiliki perniagaan berisiko rendah dan berkeuntungan tinggi.
Jika anda bekerja di syarikat biasa, anda akan dibayar gaji atas pekerjaan yang anda lakukan. Walaupun pekerjaan anda menjanjikan gaji setiap bulan, apa yang sebenarnya anda lakukan ialah menghadkan pendapatan anda. Ingatlah, majikan anda menjana keuntungan atas usaha anda dan mengembalikan hanya sebahagian dari keuntungannya kepada anda dalam bentuk gaji. ltulah sebabnya dia boleh bergaji 10 kali ganda lebih dari anda. Dalam Network Marketing gaji anda hanya dibatasi oleh usaha anda. Lebih kuat anda berusaha, lebih banyaklah gaji anda.
Juga dalam Network Marketing anda berpeluang untuk menjana pendapatan berterusan, bulan demi bulan, tahun demi tahun. Inilah kelebihan Network Marketing yang menyebabkan orang ramai berpusu-pusu untuk menyertainya. Dalam Network Marketing pendapatan anda bukan sahaja dari usaha anda perseorangan, malah, jika anda berjaya menolong dan mengajar downline anda untuk menduplikasi usaha anda, anda akan menikmati komisyen dari belian dan jualan mereka kerana dengan usaha anda menolong dan mengajar mereka menjalankan perniagaan inilah yang menyebabkan mereka boleh menjalankan perniagaan ini dengan baik.
Bukan itu sahaja. Pendapatan anda yang berterusan bulan demi bulan dan tahun demi tahun itu tidak akan hilang walaupun anda meninggal dunia. Dalam banyak syarikat Network Marketing terkini, anda boleh mewariskan pendapatan anda kepada isteri/suami, anak-anak dan juga waris-waris terdekat. Bayangkan, jika anda seorang doktor dan bergaji 20 ribu sebulan, jika anda ditakdirkan meninggal dunia, bolehkah isteri atau anak-anak anda itu terus menikmati gaji anda? Sudah tentu tidak. Tetapi di dalam Network Marketing, jika anda berpendapatan 20 ribu sebulan dan anda ditakdirkan meninggal dunia, isteri dan anak-anak anda boleh terus mengecapi pendapatan 20 ribu sebulan anda itu dengan hanya meneruskan pembelian minimum 150 ke 200 ringgit sebulan yang telah ditetapkan oleh syarikat.
Jika anda mempunyai motivasi tinggi dan bersedia untuk mengorbankan masa, usaha dan kegigihan anda untuk mencapai kejayaan dari segi kewangan, Network Marketing memberi anda peluang dan jalan untuk anda mencapai kejayaan tersebut. Pengembangan perniagaan anda dan habuannya dalam industri ini hanya dibatasi oleh keinginan dan komitmen anda. Semuanya anda yang tentukan. Kejayaan anda hanya bergantung kepada sejauh mana anda berjaya menolong dan membantu 'downline' anda. Semakin berjaya mereka semakin berjayalah anda.
Seorang pengedar dalam syarikat Network Marketing yang bekerja dengan konsisten dan mengikuti sistem yang diberikan oleh 'upline' mereka boleh memperolehi 'gaji' yang lumayan selepas hanya setahun atau 2 tahun menjalankan perniagaan Network Marketing secara separuh masa (10-20 jam seminggu). Jika mereka menjalankan perniagaan ini secara sepenuh masa (40 jam seminggu dan lebih), pendapatan 5 angka sebulan dalam masa 1 hingga 2 tahun selepas memulakan perniagaan adalah lumrah.
Labels: Motivasi
LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH
<< Home