SURECO Bersama MuhibahDotNet

SIAPA LAGI YANG NAK TOLONG ORANG KITA JIKA BUKAN KITA SENDIRI

Wednesday, May 02, 2007

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

Kenapa Skim Pelaburan Internet Tidak Sah

SKIM cepat kaya bukanlah sesuatu yang baru. Beberapa tahun kebelakangan ini, pihak berkuasa telah memberi amaran kepada para pelabur agar tidak melabur wang mereka dalam skim-skim tidak berlesen termasuk Pak Man Telo, Century Diamond, Ganda Wang Anda yang menawarkan pulangan yang kononnya tinggi.

Kemudian pula, janji pulangan jutaan dolar AS yang dikreditkan ke dalam akaun beberapa individu oleh “Kerabat Raja” dan individu berkedudukan tinggi di Nigeria sebagai pulangan bagi akses yang diberikan kepada akaun bank mereka. Kemunculan Internet telah membolehkan skim-skim sedemikian didalangi secara lebih meluas dan mudah.

Sifat tamak menyebabkan sebilangan kehilangan wang mereka dan menjadi mangsa kepada skim penipuan. Ramai individu yang mudah terpengaruh dari segenap lapisan masyarakat telah menjadi mangsa dan kehilangan tabungan seumur hidup mereka.

Ramai para profesional juga kehilangan wang mereka kerana terpedaya dengan janji kosong berupa pulangan lumayan. Akhirnya, janji tinggal janji. Amaran daripada kerajaan dan pihak berkuasa lain tidak diendahkan kerana janji pulangan lumayan telah mengaburi mata.

Baru-baru ini, Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah memberi amaran kepada orang ramai agar tidak melabur dengan Swiss Mutual Fund yang mempromosikan program pelaburan Swiss Cash. Swiss Mutual Fund tidak dilesenkan atau dikecualikan daripada pelesenan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menerima deposit dan tidak juga dilesenkan oleh SC untuk menjalankan aktiviti pengurusan dana atau perkhidmatan nasihat pelaburan di Malaysia.

Internet memberikan peluang kepada aktiviti tidak sah sedemikian yang berpangkalan di mana-mana pelusuk dunia. Yang terkini, siasatan SC telah membawa kepada arahan halangan ke atas penanda tangan dua akaun bank warga Malaysia berjumlah RM1.6 bilion. Ia juga telah menutup dua laman web dan menyoal siasat beberapa individu yang dipercayai terlibat dalam skim penipuan pelaburan Internet global yang dijalankan oleh Cambridge Capital Trading. Skim ini disasarkan kepada pelabur dari Malaysia, Singapura dan Australia.

Pengendali skim penipuan tersebut telah membuat panggilan rambang kepada orang ramai untuk melabur dalam sebilangan produk yang didakwa didagangkan di Dubai Options Exchange yang direka-reka.

Yang menyedihkan, masih ada yang tidak serik dan satu kaedah terbaru skim penipuan Internet telah menarik semakin ramai rakyat Malaysia untuk melabur wang mereka.

Para pelajar, ahli perniagaan dan suri rumah telah terpedaya dengan individu tidak bertanggungjawab yang mengendalikan skim penipuan cepat kaya. Tiada perbezaan dengan skim-skim yang dikendalikan pada tahun 1970-an, kecuali kini dalangnya mencari mangsa melalui Internet.

Trend yang membimbangkan ini telah membawa kepada amaran yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada orang ramai agar tidak ditipu oleh skim penipuan Internet. Najib telah mengingatkan orang ramai bahawa tiada jalan pintas kepada kekayaan, mahupun melalui Internet.

“Seluruh tabungan anda akan lesap dan apabila ini berlaku, anda akan menghadapi kemungkinan hari tua yang gelap”, beliau menambah.

Skim pelaburan Internet dikendalikan oleh entiti tidak berlesen secara jelas melanggar undang-undang. Akta Perindustrian Sekuriti (SIA) 1983 menyatakan bahawa seseorang mesti dilesenkan untuk menjalankan sesuatu perniagaan yang berurusan dengan sekuriti, menyediakan nasihat pelaburan dan/atau perkhidmatan pengurusan dana yang berkaitan dengan sekuriti atau niaga hadapan. Semua individu yang bertindak sebagai wakil kepada entiti yang menjalankan aktiviti tersebut juga mesti dilesenkan di bawah SIA.

SC menyediakan senarai individu dan syarikat yang dilesenkan bagi aktiviti tersebut di laman webnya www.sc.com.my.

Laman web itu juga mempunyai bahagian peringatan pelabur yang memberikan maklumat mengenai isu-isu yang berkaitan, seperti skim penipuan pelaburan Internet. Bahagian ini juga menyenaraikan syarikat dan laman web yang tidak dilesenkan atau diberikan kebenaran oleh SC untuk menawarkan nasihat pelaburan dan/atau khidmat pengurusan atau peluang yang berkaitan dengan sekuriti dan niaga hadapan.

Senarai tersebut, yang sentiasa dikemaskinikan, pada masa ini menyenaraikan 48 syarikat dan laman web. Penyenaraian ini didasarkan pada maklumat yang dikumpulkan daripada pertanyaan dan aduan umum dan tidak terhad.

Sebahagian daripada ciri umum laman web yang menawarkan nasihat dan khidmat pelaburan termasuklah:

Laman web ini mungkin menawarkan skim pelaburan yang menarik (mendakwa akan memberikan pulangan tinggi dengan risiko yang rendah) dan menggunakan alamat pejabat mewah;" Pengusaha skim pelaburan tersebut, yang mendakwa sebagai “pakar pelaburan”, akan menonjolkan “rekod prestasi cemerlang” syarikat dan akan memasukkan testimoni daripada “pelanggan-pelanggan” untuk meyakinkan pelabur. Identiti pelabur biasanya tidak diperoleh untuk disahkan;

Tiada rujukan kepada sebarang lesen bagi aktiviti untuk memberikan khidmat dan produk pelaburan. Sebahagian mereka mendakwa bahawa aktiviti mereka tidak memerlukan lesen;

Cadangan untuk membeli/menjual saham dan “nasihat/panduan” tertentu disalurkan kepada pelanggan melalui e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS), akses kepada laman web yang dilindungi oleh kata laluan atau pertemuan secara empat mata atau berkumpulan;

Dalang pelaburan itu juga mungkin mengiklankan simpanan mereka melalui penggunaan mesej e-mel secara rambang dan mesej yang dihantar kepada pelbagai papan buletin dan laman perbincangan di Internet;

Laman web direka bentuk secara profesional untuk menyamai perniagaan yang sah dan mungkin dilengkapkan dengan senarai harga saham semasa, komentari pasaran, berita pasaran dan pautan kepada laman web kewangan yang lain;

Sebahagian daripada laman web ini mungkin menyertakan khidmat percuma seperti tutorial asas mengenai pasaran modal, e-buku dan akses kepada bilik sembang/papan buletin; dan

Kebanyakan transaksi pembayaran dilakukan melalui Internet atau kepada sesuatu akaun luar pesisir. Sebahagian pelabur hanya dapat melihat paparan keuntungan tetapi terpaksa melalui proses yang berbelit-belit untuk mengeluarkannya.

SC sentiasa mengingatkan orang awam supaya melabur hanya dengan individu atau pengantara yang berlesen sahaja.

Suruhanjaya itu memberi amaran bahawa pengusaha yang tidak berlesen mungkin akan, dan banyak yang telah pun, menghilangkan diri begitu sahaja, meninggalkan pelabur tanpa mendapat semula wang yang telah dilaburkan atau berpeluang mengambil tindakan ke atas mana-mana individu yang terbabit dengan skim tersebut.

Apabila tidak pasti, orang ramai harus menyemak dengan BNM, SC atau mana-mana pihak berkuasa yang relevan mengenai status lesen syarikat tempatan atau asing sebelum mendepositkan wang mereka atau membuat sebarang keputusan pelaburan.

Sekiranya pulangan yang ditawarkan oleh sesuatu skim pelaburan agak sukar untuk dipercayai - ini sepatutnya menjadi amaran kepada pelabur.

Pelabur tidak seharusnya membuat keputusan pelaburan semata-mata berdasarkan nasihat pelaburan yang tidak diminta yang terdapat di Internet.

Orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan pengesahan mengenai sebarang maklumat yang terdapat dalam mana-mana skim pelaburan daripada pihak berkuasa berkaitan atau penyedia maklumat yang boleh dipercayai seperti laman web Bursa Malaysia atau laporan tahunan, prospektus dan surat khabar.

Sebarang nasihat atau tip pelaburan yang tidak diundang daripada Internet yang tidak boleh disahkan hendaklah diabaikan.

Orang ramai juga dinasihat agar memaklumkan kepada SC secepat mungkin sekiranya mereka menemui laman web, e-mel atau sebarang maklumat yang mencurigakan di Internet yang berkaitan dengan nasihat dan khidmat pelaburan.

– Artikel ini disediakan dengan kerjasama Suruhanjaya Sekuriti.

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

Tuesday, February 27, 2007

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

Tip Menguruskan Sendiri Tekanan Anda

  • Tarik nafas panjang/dalam beberapa kali. Ia akan membuatkan pernafasan anda menjadi perlahan sekali gus mengecut dan merehatkan gentian otot- otot dalaman
  • Bersenam secara tekal – 20 minit setiap sesi, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Senaman bukan sahaja dapat meningkatkan kesihatan emosi. Ia juga membantu mendapatkan fizikal yang lebih menarik sekali gus membuatkan diri anda berasa lebih yakin dengan penampilan diri
  • Terimalah diri anda seadanya dan cuba menyukai diri sendiri. Bersikap realistik terhadap keupayaan anda dan tetapkan matlamat yang boleh dicapai. Cuba lakukan sesuatu yang dapat menimbulkan rasa kepuasan
  • Bersikap positif dan belajar menerima kelemahan diri. Jangan berasa gusar mengenai perkara-perkara yang di luar kawalan anda. Berfikir secara positif dan renungkan kembali pencapaian dan kejayaan yang dimiliki apabila berasa tertekan
  • Dapatkan sokongan dan bantuan sebelum anda berasa tenggelam punca. Kongsi masalah dan perasaan dengan seseorang yang anda boleh percayai seperti pasangan hidup, ahli keluarga, rakan-rakan dan pemimpin agama. Berkomunikasilah dengan mereka supaya mereka dapat membantu anda
  • Bina silaturahim yang baik dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Biarkan diri anda berasa disayangi, dihargai, dihormati dan mempunyai tempat mengadu. Bersikap jujur dan bertimbang rasa dalam sesuatu perhubungan. – Amalkan pemakanan sihat dan tidur yang secukupnya
  • Seimbangkan masa kerja dan bermain. Peruntukan masa untuk hobi dan rekreasi
  • Kira dari satu hingga 10. Aktiviti ini boleh menjadikan anda berhenti dan rehat sebentar sebelum memberikan respons terhadap situasi yang memberikan tekanan
  • Luahkan perasaan anda dengan menangis atau ketawa semahunya. Anda juga boleh menulis, jika mahu. Mendengar muzik juga boleh menenangkan
  • Rehat dan tenangkan diri anda dengan mandi wap, berurut, meditasi, membuat renungan seperti membayangkan pemandangan yang menenangkan, misalnya. Selain urut, anda juga boleh melakukan regangan bagi merehatkan otot-otot dan membantu mengurangkan ketegangan. Selalunya, otot-otot di belakang leher dan bahagian atas belakang menjadi tegang apabila anda mengalami stres.
  • Dapatkan bantuan sekiranya diperlukan. Jika anda tidak dapat tidur, sakit kepala dan sakit belakang atau leher, pergilah berjumpa doktor
  • Bantulah mereka yang memerlukan. Menolong seseorang akan dapat mengubah tumpuan dan perhatian kita dari masalah dan kerisauan yang dihadapi
  • Ubah suai persekitaran anda untuk menyingkirkan unsur-unsur yang menyebabkan tekanan. Pilih persekitaran yang selesa dan bersesuaian dengan diri anda
  • Tingkatkan kemahiran anda. Bersedialah untuk membuat sesuatu keputusan dan menangani masalah dengan berkesan. Lengkapkan diri anda bagi menjawat pekerjaan atau kerjaya yang memuaskan
  • Uruskan masa dengan baik. Senaraikan perkara-perkara yang perlu dilakukan mengikut kepentingannya. Elakkan dari menerima kerja yang terlalu banyak
  • Bijaksana dalam membuat keputusan. Pertimbangkan buruk baiknya sebelum memutuskan sesuatu.

AMARAN:
Membantu diri sendiri adalah sangat berfaedah, tetapi ia bukanlah pengganti kepada bantuan profesional. Masalah tingkah laku dan emosi boleh memudarat dan membahayakan. Dapatkan bantuan profesional jika perlu!

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

Monday, January 15, 2007

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

Ancaman Diabetis

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

LEDAKAN jumlah pesakit kencing manis pasti berlaku sekiranya penduduk dunia (termasuk kita) mengekalkan gaya hidup moden, tidak menjaga pemakanan, kurang memberi perhatian pada kesihatan dan jarang bersenam.

Pada peringkat global dianggarkan 154 juta orang dewasa yang berumur 20 tahun ke atas menghidap kencing manis pada 2000 dan dijangka meningkat kepada 300 juta orang menjelang 2025.

Peningkatan jumlah pesakit di negara sedang membangun sangat membimbangkan iaitu kadar 170 peratus berbanding 42 peratus di negara maju. Jika dari sekarang kita tidak mengambil langkah berjaga-jaga, kita berisiko untuk masuk ke dalam perangkaan berkenaan.

Di negara kita sendiri pun jumlah pesakit kencing manis sudah semakin ramai dan seolah-olah menjadi satu kebiasaan walaupun ia sebenarnya dikategorikan salah satu penyakit kronik - yang tiada penawarnya.

Pengarah Perubatan Yayasan Jantung Malaysia, Datin Dr Liew Yin Mei, berkata kebanyakan pesakit kencing manis di negara ini juga menghadapi masalah obesiti sehingga ada yang menggelarkan penyakit mereka sebagai ‘diabesiti’. Katanya, obesiti akan meningkatkan kerintangan terhadap insulin (badan tidak dapat menggunakan insulin untuk ‘memproses’ gula dalam makanan) yang akhirnya boleh menyebabkan individu berkenaan mendapat kencing manis.

“Dalam keadaan lain, seseorang itu juga akan mendapat kencing manis jika mengalami masalah kelenjar pankreas yang tidak menghasilkan cukup insulin. Biasanya, sebelum mendapat kencing manis, pesakit akan mengalami fasa pra-diabetik atau kerintangan glukos terlebih dulu iaitu apabila gula dalam darah tidak dapat digunakan walaupun mempunyai cukup insulin.

“Bagi menangani masalah ini, kelenjar pankreas akan bekerja lebih kuat untuk menghasilkan insulin yang sehinggalah ia mengalami kerosakan. Namun dalam kebanyakan kes masalah kencing manis tidak menunjukkan sebarang gejala sehinggalah mencapai tahap serius,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancakan pil makanan tambahan peria, Diamelon anjuran CCM Duopharma Biotech Bhd. Hadir sama, Pengerusi dan Pengarah Urusannya, Tan Sri Dr Abu Bakar Suleiman dan Datuk Mizanur Rahman Ghani.

Diabetes tidak terkawal boleh menyebabkan pelbagai komplikasi yang dibahagikan kepada komplikasi akut dan kronik. Komplikasi akut ialah gejala hipoglisemia (paras gula dalam darah yang terlalu rendah) dan koma.

Manakala komplikasi kronik pula membabitkan kerosakan salur darah (vaskular). Ia boleh merosakkan salur darah yang halus (mikrovaskular) yang menyebabkan pelbagai masalah seperti:
  • Buta atau retinopati (53 peratus)
  • Neuropati atau kerosakan saraf (58 peratus)
  • Mikroalbuminuria (kehadiran protein albumin dalam air kencing, 52 peratus)

Komplikasi makrovaskular pula membabitkan kerosakan salur darah yang besar dan boleh menyebabkan:
  • Penyakit jantung kronik (sembilan peratus)
  • Strok (enam peratus)
  • Penyakit vaskular periferal, gangren iaitu kerosakan atau kematian sebahagian tubuh kerana kekurangan atau tiada bekalan darah (12 peratus).
  • Kaki terpaksa dipotong (dua peratus).

Untuk mengelakkan semua komplikasi yang disenarai di atas, Dr Liew menyarankan semua orang kerap menjalani pemeriksaan paras gula darah. Jika paras gula darah (sama ada ketika berpuasa atau dua jam selepas makan) kurang daripada tujuh milimol/liter, anda masih dalam keadaan baik.

Bagaimanapun, jika paras ini melebihi 11 milimol/liter seseorang itu dikatakan mula mengalami masalah kencing manis. Namun jika dapat kekalkan paras gula ini kurang daripada 5.6 milimol/liter.

Dr Liew berkata, penurunan paras gula sebanyak satu milimol/liter pun akan memberikan banyak manfaat kepada pesakit terutama untuk mengelakkan komplikasi kesihatan.

Beliau menyarankan empat langkah pengurusan kencing manis iaitu penjagaan pemakanan, pengambilan ubat secara teratur, bersenam dan pendidikan. Amalan pemakanan seimbang ialah cara terbaik untuk mengawal paras gula dalam darah termasuklah melebihkan pengambilan sayur-sayuran termasuklah peria. Secara tradisionalnya peria atau Momordica charantia sudah digunakan sejak turun temurun untuk mengawal paras gula darah.

Dr Abu Bakar Suleiman yang juga Pengerusi Institut Diabetes Negara (Nadi) berkata, bahan aktif dalam peria polipetida-p, carantia dan momordisin dapat membantu kawalan gula darah.

Peria juga dikenali sebagai insulin tumbuh-tumbuhan dan ada kajian menyarankan pesakit kencing manis mengambil antara empat hingga lima biji peria setiap hari untuk mengawal penyakit mereka.

©The New Straits Times Press (M) Berhad

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

Thursday, December 14, 2006

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

Apa kata mereka tentang E-Dagang?

Mereka kata, mereka boleh buat, kita macamana pula?
Betul ke? Boleh ke? Mampu ke? Nak ke?


Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

Monday, December 11, 2006

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

Pindaan / Penambahan Kod Etika Syarikat

Pada 18 Oktober 2006 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah meluluskan pindaan / penambahan Kod Etika Syarikat seperti berikut :

Pecahan 3.1 (Perkara 3)

........ Akan tetapi jika seseorang ahli itu didapati tidak aktif atau tidak melakukan apa-apa pembelian selama tempoh dua (2) tahun daripada tarikh ia menjadi ahli atau daripada tarikh pembelian terakhir, maka syarikat berhak, kecuali ahli tersebut telah mencapai Pangkat Agen Bintang (SA), untuk menamatkan kontrak keahlian tersebut. Walaubagaimanapun ahli tersebut boleh ditaja semula oleh mana-mana ahli yang lain.

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH