SURECO Bersama MuhibahDotNet

SIAPA LAGI YANG NAK TOLONG ORANG KITA JIKA BUKAN KITA SENDIRI

Monday, March 20, 2006

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

MADU - Makanan Kesihatan Secara Semulajadi

Di alaf moden ini kebanyakan penyakit berpunca dari cara hidup dan persekitaran yang tidak sihat, antaranya ;

  • Pemakanan yang tidak seimbang dan tidak berkhasiat
  • Pencemaran makanan dengan toksin dan bahan kimia
  • Pencemaran Air dan Udara
  • Tabiat merokok dan Alkohol
  • Tekanan (Stress)
  • Pengambilan ubat secara tidak terkawal

Faktor-faktor ini meningkatkan toksin dan radikal bebas didalam tubuh yang akhirnya akan merosakkan sel-sel tubuh kita. Fungsi organ-organ utama tubuh dan juga sistem pertahanan tubuh akan menjadi lemah dan seterusnya mendedahkan diri kita kepada berbagai penyakit.

Perubahan ini menyumbang kepada pelbagai penyakit kronik masa kini (diabetis, hipertensi, kanser, strok dll), penyakit degeneratif, jangkitan kuman dan mempercepatkan proses penuaan.

Jadi apakah tindakan kita untuk meneutralkan ancaman-ancaman yang merosakkan tubuh kita ini? Sudah sampai masanya kita kembali kepada perkara asas dalam menjamin kesihatan yang optima iaitu pemakanan untuk kesihatan. Amalkanlah makanan yang cukup dari segi zatnya disamping dapat melindungi organ-organ tubuh supaya tubuh kita mampu menangkis serangan penyakit. lebih baik lagi sekiranya makanan itu SEMULAJADI, TULIN DAN TINGGI KHASIAT.

Madu adalah cairan manis yang berasal dari nektar tanaman yang diproses oleh lebah pekerja menjadi madu dan tersimpan dalam sel-sel sarang lebah.

Rasa dan jenis madu juga ditentukan oleh jenis bunga sebagai makanan lebah tersebut misalnya pelbagai jenis bunga daripada pokok yang berhampiran sarang lebah. Hasil madu juga amat dipengaruhi oleh cuaca dan iklim di mana bunga yang dihisap oleh lebah tersebut berada.

Kandungan madu terdiri dari air, gula (fruktosa, glukosa, sukrosa, maltosa), vitamin (B1, B2, B5, B6, C), mineral (Ca, Na, P, Fe, Mg, Mn), serbuk dan enzim berupa diastase.

Orang Mesir kuno telah menggunakan madu ini dengan mempersembahkan madu dan serbuk madu kepada dewa. Sebuah lukisan di dalam sebuah gua di Sepanyol juga menunjukkan bahawa madu lebah juga sudah dikenal sejak zaman dahulu kala. Madu telah digunakan untuk perubatan mungkin sejak zaman pra-sejarah. Orang Yunani kuno juga telah mengenal produk lebah, Hippocrates (460 - 377 SM), yang sering disebut "Bapa Perubatan Moden", juga menggunakan produk lebah dalam pengubatannya. Dan dia sendiri juga mengambil madu dan menyatakan bahawa madu dapat memanaskan tubuh, membersihkan luka, menutup luka pada permukaan kulit, dan menyembuhkan alergi (alahan). Kaum filsuf zaman dahulu seperti Pythagoras juga mengambil madu yang semuanya percaya bahawa madu dapat memanjangkan umur dan menyembuhkan banyak penyakit.

Madu boleh dimanfaatkan untuk:

  • Makanan kesihatan secara semulajadi
  • Meningkatkan stamina tubuh
  • Anti bakteria
  • Anti kulat
  • Merawat kulit
MADU LINDEN - SUREBEE

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH