
BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI
Penjagaan Kolon Untuk Kesihatan Optima

Lama-kelamaan, mendapan ini akan menjadi keras dan terterap pada dinding kolon, bagaikan plak pada gigi. Ini akan menghalang proses penyingkiran bahan buangan dengan sempurna dan menjejaskan kecekapan penyerapan nutrien. Akibatnya, badan kita akan kekurangan nutrien yang diperlukan untuk kesihatan optima. Malahan, segala makanan yang termahal, tonik dan suplemen tidak mungkin mendatangkan sebarang manafaat sekiranya saluran penghadaman tidak berupaya untuk menyerap dan menggunakan nutrien yang terkandung dalam makanan atau suplemen tersebut.
Di samping itu, bahan buangan yang telah mengalami proses penapaian dan pereputan juga menyediakan suatu kawasan pembiakan yang sesuai untuk bakteria mudharat dan parasit. Mikrob mudharat ini akan menghasilkan toksin yang kemudiannya diserap masuk ke dalam sistem peredaran darah. Akhirnya, toksin tersebut akan meresap ke dalam tisu-tisu badan, seterusnya membebankan sistem badan, melemahkan sistem ketahanan badan dan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.
Bahan buangan bertoksik yang terlampau banyak dalam sistem peredaran darah akan mengurangkan kecekapan proses pengoksidaan dalam tisu badan dan menyebabkan masalah keletihan yang lazim dialami oleh ramai orang. Kajian juga telah membuktikan bahawa barah colorekta (kolon dan rektum) berkait rapat dengan kolon bertoksik yang disebabkan oleh penyingkiran bahan buangan yang tidak sempurna atau masalah sembelit yang berlarutan.
Tabiat pembuangan air besar yang kerap dan sempurna merupakan langkah utama dalam pengekalan keremajaan (awet muda), tahap tenaga yang tinggi dan kesihatan optima. la juga memainkan peranan penting dalam menentukan berat badan yang optimum serta kulit yang cerah dan berseri. Oleh yang demikian, kita perlu mengamalkan tabiat pembuangan air besar yang baik, iaitu sebanyak sekali atau dua kali setiap hari, dan bukannya sekali setiap bersilang hari.
Mengkudu merupakan tumbuhan semulajadi yang telah dikenalpasti dan digunakan secara meluas sejak beberapa abad dahulu untuk membantu menyingkirkan bahan buangan bertoksik yang terkumpul dalam kolon serta berkesan mengembalikan pergerakan dan aktiviti kolon. Mengkudu bertindak dengan melembutkan najis dan menyingkirkan toksin serta bahan buangan yang memudharatkan yang sekian lama terkumpul dalam usus kecil dan kolon. Ia berkesan untuk mengurangkan masalah sembelit, kekembungan, gas berlebihan dan kesenakan yang sering dikaitkan dengan masalah kolon bertoksik. Disamping menikmati pergerakan usus besar yang lebih lancar, kita juga dapat memastikan kesempurnaan penyerapan nutrien daripada makanan kita.
Senarai berikut dapat membantu kita untuk memastikan sama ada kolon kita menghadapi sebarang masalah:
- Sering menglami sembelit dan cirit-birit
- Kerap sakit kepala
- Lemah daya tumpuan dan ingatan
- Mudah meradang
- Tidur kurang nyenyak
- Masalah kulit seperti ruam, ekzema dan jerawat
- Muka pucat dan tidak bermaya
- Sengal-sengal otot
- Sakit sendi
- Sering diserang penyakit dan jangkitan
- Tahap tenaga rendah dan kurang cergas
- Alahan dan tidak toleran kepada sesetengah jenis makanan
- Sering mengidam
- Senggugut
- Badan dan nafas berbau
- Masalah penghadaman - ketidakhadaman, gas berlebihan
- Kekembungan dan kesenakan
- Buasir
- Masalah urat timbul atau bengkak
Ramai di kalangan kita tidak menyedari bahawa ketidakcekapan penyingkiran bahan buangan daripada badan menyebabkan penapaian dan pereputan bahan buangan dalam usus besar. la sering dikaitkan dengan masalah kesihatan yang boleh meragut nyawa seseorang secara perlahan-lahan! Bahan buangan bertoksik yang dibiarkan terkumpul di dalam usus boleh menyebabkan keuzuran dan penyakit......
Labels: Penjagaan Kesihatan
LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH
<< Home