
BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI
VITIS Sasar Potensi Jualan Baik Di Malaysia


KUALA LUMPUR 11 April - Pengedar produk biji anggur Jerman VITIS, VITIS (M) Sdn. Bhd. (VITIS Malaysia) menyasarkan potensi jualan yang baik di Malaysia dengan meningkatnya kesedaran terhadap penjagaan kesihatan diri.
Penubuhan VITIS Malaysia sendiri adalah bukti meningkatnya permintaan pelanggan untuk mendapat produk berkenaan, kata Pengarah Urusan VITIS Malaysia, Rolf Mannel.
Mannel berkata: "Sejak beroperasi pada tahun 2004, kami berjaya mencapai sasaran permulaan seperti yang telah dirancang dan ditetapkan."
Beliau bagaimanapun enggan menyatakan sebarang perangkaan jualan.
"Pertumbuhan kami tidaklah mendadak tetapi sebaliknya secara konsisten, seimbang dan perlahan."
"Perkembangannya masih perlahan kerana pihak syarikat masih perlu mendidik pelanggan kami mengenai produk VITIS yang masih baru di kalangan masyarakat Malaysia,"' kata Mannel kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Mengenai prospek bagi tahun ini, Rolf berkata, pihaknya merancang memperluas dan mengukuh jaringan pemasaran menerusi program-program termasuk ceramah kesihatan.
"Kami akan mengendalikan ceramah kesihatan dan program pendidikan dengan institusi-institusi kesihatan tentang khasiat produk terhadap penyakit jantung, kencing manis, strok dan barah," kata beliau.
Melalui usaha itu, kata beliau, ia mampu memupuk kesedaran di kalangan rakyat Malaysia mengenai produk syarikat dan seterusnya menjurus kepada peningkatan dalam jumlah jualan.
Ditanya mengenai sasaran pendapatan Mannel berkata, pihaknya menyasarkan pulangan sehingga RM4 juta untuk tahun ini.
"Dalam mencapai sasaran ini, kami akan berusaha mencetuskan kesedaran awam mengenai produk-produk kami melalui usaha-usaha promosi rangkaian kedai farmasi tempatan," kata beliau.
Mannel berkata, pihaknya juga akan berusaha mempelbagai dan memperbanyakkan lagi kategori dan pilihan produknya.
Setakat ini, VITIS Malaysia mempunyai dua produk utama VITIS Malaysia iaitu minyak biji anggur dalam botol 250 mililiter (ml) dan juga tepung biji anggur.
Beliau berkata, pihak merancang untuk mempelbagaikan produk dengan menghasilkan minyak biji anggur dalam bentuk kapsul jel lembut dan minyak biji anggur dalam botol 500 ml.
Labels: Produk SURECO
LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH
<< Home