SURECO Bersama MuhibahDotNet

SIAPA LAGI YANG NAK TOLONG ORANG KITA JIKA BUKAN KITA SENDIRI

Sunday, September 10, 2006

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

Kekalkan Kecergasan Di Bulan Puasa (Ramadhan)



PUASA yang difardhukan ke atas umat Islam sepanjang bulan Ramadan bukan sekadar menuntut kita menahan diri daripada makan dan minum tetapi juga melawan pelbagai godaan hawa nafsu termasuk nafsu makan yang melebihi keperluan tubuh dan akhirnya menimbulkan pelbagai komplikasi kesihatan.

Puasa juga memberikan ruang kepada badan untuk menyingkirkan toksin serta membersihkan tubuh.

Seiring saranan agar kita menambah aktiviti amal dan penyucian rohani, penjagaan kesihatan semasa berpuasa seharusnya tidak diabaikan.

Spirulina merupakan makanan semula jadi yang lengkap dan sesuai untuk diambil sepanjang berpuasa.

Ini kerana puasa sering dikaitkan dengan masalah keletihan akibat pengambilan makanan dan minuman yang terhad. Keletihan tersebut mungkin akan menjejaskan daya tumpuan dan ingatan.

Menurut Dr. Christopher Hill, spirulina merupakan sumber nutrien semasa berpuasa kerana ia sangat padat dengan nutrien, kaya dengan nutrien yang boleh membekalkan tenaga yang berpanjangan dan baik dalam membantu fungsi usus.

Pengambilan spirulina sama ada selepas berbuka atau semasa sahur adalah digalakkan kerana kandungan proteinnya yang tinggi iaitu melebihi 60 peratus, membantu dalam membekalkan keperluan protein harian.

Protein spirulina mudah dihadam dan digunakan oleh tubuh. Oleh itu, ia amat sesuai diambil oleh sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak, wargatua dan orang dewasa bagi menampung keperluan protein akibat pengambilan makanan yang terhad semasa berpuasa.

Berbanding sumber protein daripada haiwan, spirulina tidak mempunyai kolesterol dan kandungan lemaknya yang rendah bersesuaian untuk amalan diet yang sihat.

Bagi mereka yang sibuk bekerja, spirulina bukan sahaja membekalkan tenaga tetapi nutriennya juga bermanfaat untuk kecerdasan mental.

Semasa berpuasa, kita cenderung untuk mengalami rasa mengantuk, kurang daya tumpuan dan keletihan.

Vitamin B yang terdapat di dalam spirulina, boleh membantu dalam pembebasan tenaga dan mengekalkan fungsi saraf yang sihat.

Spirulina membekalkan tenaga dan stamina yang berpanjangan maka tidak hairanlah ia sangat dicadangkan kepada para atlet. Spirulina juga mempercepatkan proses penyembuhan.

Terkenal dengan kandungan klorofil yang bertindak sebagai agen pembersih, spirulina membantu proses penyahtoksikan.

Zat besi dalam spirulina adalah mudah diserap menjadikannya sesuai untuk mereka yang mengamalkan diet rendah kalori yang berkecenderungan untuk mengalami kekurangan zat besi.

Pengambilan pelbagai jenis makanan, dalam kuantiti yang banyak semasa berbuka puasa akan meningkatkan risiko masalah penghadaman termasuk sembelit.

Kajian di Jepun mendapati bahawa pengambilan spirulina meningkatkan kandungan laktobasilus dan penyerapan vitamin B daripada diet.

Begitu juga dengan diet yang diamalkan oleh golongan yang berpendapatan tinggi di Brazil di mana mereka banyak mengambil daging lembu tetapi hanya sedikit sayur-sayuran, menyebabkan ramai yang mengalami sembelit yang kronik.

Pengambilan spirulina didapati membantu proses pembersihan dan mengurangkan terjadinya sembelit.

Kerana kandungannya yang kaya dengan pelbagai nutrien dan mineral, ia dikenali sebagai makanan ‘superfood’ atau makanan semula jadi yang lengkap.

Secara perbandingannya, spirulina organik mempunyai kandungan nutrien yang lebih tinggi berbanding spirulina bukan organik.

Selain itu, spirulina mempunyai kandungan pigmen semula jadi iaitu fikosianin yang tinggi di mana ia adalah antioksida yang merangsang ketahanan tubuh.

Beta-karotena dan xantofil penting untuk kesan sinergistik dan berfungsi sebagai antioksida. Beta-karotena dalam spirulina jauh lebih tinggi berbanding lobak merah, bayam dan kentang.

Pengambilan spirulina yang dihasilkan secara organik bukan sahaja mempunyai kelebihan dari segi kandungan nutriennya tetapi juga bebas daripada pencemaran alam sekitar tanpa memerlukan dos yang tinggi serta diiktiraf oleh badan-badan tertentu di peringkat antarabangsa.

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH