SURECO Bersama MuhibahDotNet

SIAPA LAGI YANG NAK TOLONG ORANG KITA JIKA BUKAN KITA SENDIRI

Saturday, August 26, 2006

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

Agenda Pengguna Islam (API)


  1. Program Agenda Pengguna Islam (API) adalah satu program pakatan dan perpaduan para pengguna Islam di bawah kelolaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Sekretariat Bluemosque Fraternity bagi menggerak dan mengukuhkan kekuatan ekonomi Ummah melalui strategi penggunaan yang bijak dan tersusun.
  2. Agenda ini diwujudkan bagi menyertai usaha membela nasib umat Islam yang rata-rata begitu lemah dan daif. Kelemahan ini menyebabkan orang Islam dihina, ditindas, dibunuh diperlakukan sesuka hati kerana kepentingan golongan tertentu.
  3. Di sebalik kelemahan ini, jika kita insaf dan mahu, kekuatan Ummah masih boleh digarab melalui penggembelingan agenda kepenggunaan, iaitu satu strategi yang mampu membawa para kapitalis musuh Islam menghormati umat Islam. Sekiranya kita mahu membela agama kita, marilah bersatu di bawah agenda ini.
  4. Percayalah, ketika ini hanya kehebatan dan kekuatan ekonomi akan mengembalikan semula kehormatan kita. Ia juga akan mengelakkan umat Islam terus ditindas kerana kelemahan sendiri. Strategi yang paling tepat bagi mengembalikan hak dan maruah umat Islam adalah melalui pemulihan ekonomi dan pemantapan kekuatan ekonomi Ummah yang tersusun, menjurus, mengembang dan menyatu.
  5. Sesungguhnya, kita boleh hanya melihat penghinaan terhadap Islam atau kita boleh melakukan sesuatu yang termampu bagi mengembalikan maruah kita. Sokonglah para pengusaha Islam di mana mungkin. Sudah tentu terdapat berbagai kelemahan pada pengusaha kita. Di mana kita dapat berkompromi dan bekorban, berilah keutamaan kepada para pengusaha Islam. Ini bukan bermakna kita menggalakkan kelemahan tetapi menganggapkan ini adalah tanggung jawab kita bersama menjayakan “jihad ekonomi” sambil menegur dan mendidik di mana mungkin. Semua bangsa yang berjaya berkorban habis-habis (sehingga bending backwards) dalam membantu golongan mereka. Apa yang kita war-warkan ini merupakan budaya dan amalan bangsa-bangsa seperti China, Jepun, Yahudi dll.
  6. Selain itu progam ini juga akan membawa keberkatan kepada hidup kita semua kerana perbelanjaan kita akan menjadi katalis kepada ekonomi Islam termasuklah dalam bentuk zakat, derma dan peluang pekerjaan. Kita juga akan ditanya di mana kita membelanjakan rezeki kita selain di manakah kita memperolehi rezeki. Kita juga perlu berhati-hati agar tidak membantu musuh-musuh Islam dengan menyokong perniagaan mereka yang menggunakan keuntungan untuk menindas umat Islam. Contohnya Coca-Cola, Mark & Spenser dll.
  7. Jihad ekonomi, bukan untuk berperang. Kita perlu kuat bagi mengelakkan perperangan yang mana semua kita tahu, kelemahan akan menjemput orang menawan kita sebagaimana yang kita lihat hari ini.
Buangkan ego, tepikan perbezaan, satukan tekad, ikhlas bekorban, demi membela hak dan maruah kita bersama dengan bijaksana melalui pengisian agenda jihad ekonomi …

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

Saturday, August 12, 2006

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

PPIM gesa boikot Coca-cola, Colgate, Starbucks



KUALA LUMPUR 1 Ogos – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa masyarakat pengguna tanpa mengira batasan kaum dan agama agar memboikot produk terpilih milik Yahudi bagi membantah kekejaman Yahudi di Lebanon.

Menerusi boikot ini, PPIM yakin bahawa penggunaan kuasa pengguna dan kuasa beli mampu memberi tekanan kepada Israel supaya menghentikan kekejaman di Lebanon.

Bagi menjayakan boikot ini, PPIM akan bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan seluruh dunia.

Kerjasama juga bakal dijalin dengan Persatuan Restoran Muslim Malaysia (Presma) yang mempunyai ribuan ahli dan rangkaian kedai runcit.

Maklumat lanjut tentang boikot ini boleh diperoleh di laman web PPIM, http://www.muslimconsumer.org

============
Coca-Cola di Malaysia - Fakta yang perlu diketahui



Coca-Cola bukan hanya satu jenama biasa di Malaysia. Ketahui apakah fakta dan perniagaan yang ada disebaliknya. Ini soal aqidah dan "sumbangan" kita terhadap perjuangan umat Islam. Jangan biarkan diri kita, keluarga dan seluruh umat Islam dikaburi lagi. Sila layari laman web berikut untuk dapatkan fakta dan buat keputusan demi keutuhan aqidah Islamiah.

F&N Cocal-Cola (M) Sdn Bhd

Frase and Neave Limited


SESUNGGUHNYA KITA MEMPUNYAI BANYAK PILIHAN!!!!

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

Thursday, July 06, 2006

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

JAIS Pegang Pada Fatwa



Oleh Noor Jaafar
noorj@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berpegang kepada keputusan Majlis Fatwa Negeri Selangor yang hanya membenarkan umat Islam menggunakan elemen asal iaitu tanah liat untuk menyamak bagi menyucikan najis berat.

Pegawai Perhubungan Awam Jais, Fakhrul Azam Yahya, berkata sehingga kini Jais tidak memberi kebenaran kepada mana-mana syarikat bahawa produk sabun yang dikeluarkan boleh digunakan untuk menyamak.

"Surat kebenaran yang dikeluarkan kepada sebuah syarikat Bumiputera yang beroperasi di Shah Alam sebelum ini adalah untuk syarikat memasarkan produk sabun untuk kegunaan ramai tetapi bukan untuk menyamak," katanya mengulas mengenai sabun untuk samak yang dipasarkan.

Katanya, berdasarkan kajian Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan, Bahagian Unit Halal Jais, sabun yang dikeluarkan syarikat berkenaan mengandungi 90 peratus tanah liat dan disahkan suci dan tidak mengandungi elemen haram.

"Ini bermakna sabun itu boleh digunakan umat Islam untuk kegunaan harian seperti untuk mandi dan mencuci tangan, tetapi tidak boleh digunakan untuk menyamak najis berat seperti dijilat anjing atau tersentuh babi," katanya.

Fakhrul Azam berkata, umat Islam jangan terkeliru kerana Jais tidak pernah mengeluarkan surat yang mengatakan produk sabun "Yaqeen" keluaran syarikat itu boleh digunakan untuk samak.

"Jais tidak berkompromi dengan perkara itu sebab itu masih berpegang kepada keputusan Majlis Fatwa Negeri Selangor yang hanya membenarkan elemen asal iaitu tanah liat digunakan untuk menyamak," katanya.

Menurutnya, Jabatan Agama Islam Kedah juga pernah mengeluarkan surat kebenaran kepada sebuah syarikat di negeri itu untuk memasar produk sabun serupa menggunakan jenama "Taharah"

Katanya, sabun itu juga tidak boleh digunakan untuk menyamak tetapi syarikat itu mendakwa sabun untuk samak.

"Jais membuat penjelasan ini kerana bimbang umat Islam terkeliru dan mengatakan Jais membenarkan sabun keluaran syarikat digunakan untuk menyamak."

"Jais juga bimbang surat kebenaran bagi memasarkan produk yang diakui suci dan tidak mempunyai elemen haram itu disalahgunakan syarikat terbabit dengan mendakwa Jais membenarkan sabun itu digunakan untuk menyamak," katanya.

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

Saturday, July 01, 2006

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

Buku Yang Harus Dimiliki Oleh Seluruh Umat Islam

Sebuah buku yang mengandungi pelbagai maklumat berkenaan halal haram makanan, bahan kegunaan harian, kosmetik dan sebagainya keluaran Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). Boleh dapatkan di Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melalui talian hotline 019-3591000 atau 03-42604900 atau melalui CAP sendiri.



Dunia Buku: Sekitar isu halal haram
Berita Harian, 27 Apr 2006

HALAL Haram Panduan Persatuan Pengguna Pulau Pinang memuatkan beberapa dapatan daripada kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang dalam hal berkaitan dengan produk dan perkhidmatan untuk umat Islam.

Buku setebal 226 halaman terbitan Persatuan Pengguna Pulang Pinang yang dibahagikan kepada lapan bahagian ini membentangkan semua isu dengan penjelasan daripada pelbagai sudut dan hujah sainstifik.

Bahagian II Masalah Berhubung Isu Halal Dan Haram antaranya membincangkan perkara berkisar kepada keraguan dan ketidakpastian yang menyelubungi logo halal, takrif halal yang meragukan di beberapa restoran dan hotel.

Adab makan umat Islam dalam Bahagian III memperkatakan pembaziran dan kegelojohan pada bulan Ramadan serta kenapa Islam mengharamkan babi? manakala keraguan berhubung keju dibincangkan dalam Bahagian V.

Sesetengah daripada kita pasti akan terkejut dengan kenyataan CAP bahawa tiada satu jenama susu rumusan bayi yang halal kerana rata-ratanya ia turut mengandungi lemak babi atau setidak-tidaknya wei.

Penjelasan berhubung keju dan wei ini dibincangkan dalam Bahagian V dan huraian mengenai bagaimana keju dihasilkan serta bahan yang digunakan untuk menghasilkan sapuan pada roti, biskut, adunan kek dan minuman pasti mengejutkan pembaca Islam.

Perbincangan mengenai monosodium glutamate (MSG), serbuk perisa yang meragukan dan kesan kesihatan dalam Bab 23 pasti akan mendorong pembaca berfikir berkali-kali sebelum menggunakan serbuk terbabit.

Buku ini juga akan turut mengejutkan pembaca dengan maklumat rambut manusia dalam makanan seperti roti, piza, tepung, tepung naik segera kerana penggunaan L-cysteinem sejenis asid amino.

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

Tuesday, June 27, 2006

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

Kenapa Masih Ragu-Ragu Untuk Bertukar Kepada Kebaikan?

Mengapa masih susah untuk menerima hakikatnya? Mengapa masih tidak mahu berubah? Apakah anda sanggup untuk terus memakan makanan yang dipenuhi dengan bahan-bahan haram? Masih mahu menggunakan barangan harian anda yang anda tahu bersalut dengan lemak babi, najis?

Tidak cukupkah lagi dosa yang telah sedia ada, maka kita tambahkan lagi? Tidak terfikirkah anda yang ini juga adalah salah satu cara orang-orang kafir mencuba untuk memesongkan akidah kita secara halus?! Mengapa kita mesti tunduk pada hasutan syaitan? ...tunduk pada mereka?

Janganlah anda ragu-ragu lagi! Fikirlah akan anak-anak anda yang sedang membesar. Berilah peluang kepada mereka untuk membesar dalam situasi yang lebih baik. Fikirlah akan masa depan dunia kita. Didiklah anak-anak anda memakan makanan yang bersih, suci lagi HALAL!

JADI...AWAS, jangan tertipu dengan berbagai-bagai jenis makanan yang mempunyai gelatin haram...PILIH HALAL

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

Halal Atau Tidak?

Bila bercakap soal makanan dan minuman mengikut hukum Islam, ada dua perkara yang sentiasa dipersoalkan, Halal dan Haram. Lawan Halal adalah Haram yang bermaksud tidak mengikut hukum Islam atau dilarang sebagaimana tertulis dengan jelas di dalam Al'Quran. Jadi, pernahkah terfikir ianya halal atau tidak?

Kadang-kadang, ianya lebih mudah sekiranya kita hanya memilih untuk makan ikan atau sayur-sayuran sahaja, kan? Sebab ianya halal dan kita tidak perlu bimbang tentang apa-apa lagi. Tapi, sampai bila? Selepas sehari dua, mulailah mencari ayam, daging dan macam-macam lagi. Lepas itu, kita mula terfikir pula adakah ianya disembelih mengikut syarak ke tidak? dengan cara Islam atau tidak? Walau bagaimanapun kita akan terus tertanya-tanya dan tidak yakin dengan apa yang kita makan.

Bagaimana pula dengan pencuci mulut? Pernahkah terfikir ianya halal atau tidak? Untuk pengetahuan anda, 90% daripada bahan yang digunakan untuk membuat pencuci mulut adalah menggunakan GELATIN. Dan kebanyakkannya datang dari gelatin yang diperbuat dari lemak babi dan sekiranya dari lembu, ianya amat meragukan kerana penyembelihan yang dipercayai tidak mengikut hukum Islam.

BIMBANG!, RISAU!, RESAH...

Itulah yang bermain di fikiran anda kan? Apatah lagi bila kebanyakkan kek, puding, ice cream, jelly, frozen salad, chocolates, gummies dan berbagai-bagai jenis masakan lazat dan pencuci mulut lagi yang menggunakan gelatin yang didapati dari lemak babi kerana ianya sangat murah!!!

Pemilik restoran yang berugama Islam, tolonglah! Jadilah orang yang LEBIH BERTANGGUNGJAWAB terhadap perkara yang sangat sensitif di kalangan orang Islam ini. Tukang-tukang masak, Chef-Chef mesti tahu samada anda bahan yang digunakan di dalam makanan HALAL atau tidak. Anda mungkin hanya menghidangkan semangkuk puding atau sepotong kek sahaja untuk pencuci mulut tetapi tanggungjawab anda terhadap hukum Islam berada di dalam tangan anda.

Ibu-ibu, suri rumah, anda wajib menjadi LEBIH BERTANGGUNGJAWAB terhadap keluarga anda. Selalulah bertanya pada diri sendiri, adakah makanan itu Halal atau tidak? Anda hendaklah yakin dengan apa yang anda hidangkan kepada keluarga anda, kepada anak-anak anda. Ianya biarlah BERSIH, SUCI dan HALAL!

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

Apa Itu Gelatin?


Gelatin adalah satu bahan yang digunakan di dalam industri makanan dan perubatan kerana sifatnya yang unik. Manusia telah menggunakan gelatin sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Kini, kegunaannya telah diperluaskan ke dalam industri farmaseutikal, kosmetik dan teknikal pula. Tanpa gelatin, sesetengah produk tidak mungkin dapat dihasilkan.

Terdapat dua jenis gelatin. Gelatin 'Type A' kebanyakannya didapati dari kulit babi. Gelatin 'Type B' pula didapati dari tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan 'bovine' seperti lembu, kambing dan kerbau.

Gelatin telah menjadi isu hangat bagi seluruh penduduk dunia termasuk orang-orang Islam, Yahudi, Vegetarian, Buddha dan lain-lain apabila mereka mengetahui sumber gelatin adalah dari tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan. Bagi orang-orang Islam, walaupun sumbernya dari binatang yang halal dimakan, mereka harus memastikan bahawa haiwan-haiwan tersebut disembelih oleh orang Islam dan mengikut syariah.

Antara makanan yang sering mengandungi gelatin ialah:

* Konfeksioneri (coklat, gula-gula dan lain-lain)
* Puding, kek dan pai
* Gummi jelli, Pastil berperisa
* Yogurt, keju dan butter
* Ais-krim
* Pencuci mulut segera
* Gula-gula getah (Chewing gum)
* Produk-produk daging yang diproses

Gelatin digunakan dalam produk-produk diatas sebagai agen penstabil, agen penebal, agen pembuih, agen pelekat atau agen pengikat.

Dengan itu masyarakat Islam wajib BERHATI-HATI dalam memilih dan membeli makanan kerana dikhuatiri mengandungi gelatin dari lemak babi atau haiwan yang tidak disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

Sunday, May 21, 2006

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

70 Produk diragui HALAL : FOMCA



Oleh FUAD HADINATA YAACOB

PETALING JAYA: Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) mendakwa 70 produk makanan dan minuman di pasar raya, kedai serbaneka atau kedai runcit di seluruh negara diragui kesahihan logo halalnya.

Setiausaha Agung Fomca, Muhammad Sha’ani Abdullah, berkata pemeriksaan pihaknya mendapati 53 daripada produk berkenaan dikesan tiada dalam senarai direktori halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), sembilan produk masih dalam proses permohonan dan lapan sudah tamat tempoh logo halalnya.

Katanya, pemantauan bermula April lalu itu dijalankan Pusat Pemantauan Perdagangan dan Perkhidmatan Pengguna Nasional Fomca (5PN) dengan kerjasama Persatuan Pengguna Pahang dan ERA Consumer.

"Lebih memeranjatkan, semua produk berkenaan adalah hasil keluaran 45 syarikat besar, dengan 22 daripadanya bertaraf multinasional,” katanya pada sidang media mengenai Laporan Pemantauan 5PN: Status Penggunaan Tanda Logo Halal oleh Pengeluar barangan pengguna tempatan dalam misi negara untuk mencapai “Malaysia sebagai pusat pengeluaran halal sedunia", di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Komunikasi Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman.

Muhammad Sha’ani berkata, pemantauan dilakukan dengan cara khidmat pesanan ringkas (SMS) dan laman web E-Halal yang diwujudkan Jakim.

"Fomca terima banyak aduan daripada pengguna, khususnya masyarakat Islam, yang mahukan maklumat tepat mengenai sesuatu barangan atau produk. Melalui 5PN ini, kita adakan pemantauan di semua kedai dan mendapati logo halal yang tertera pada produk terbabit diragui.

"Ada produk tiada dalam senarai direktori Jakim, dalam proses permohonan dan tamat tempoh logo halalnya," katanya.

Beliau berkata, yang mengecewakan, pengeluar produk atau syarikat besar tidak mengambil berat mengenai status logo halal yang menjadi elemen penting kepada umat Islam.

Katanya, laporan mengenai hasil pemeriksaan Fomca diserahkan kepada Jakim dua minggu lalu, tetapi sehingga hari ini belum ada maklum balas atau reaksi daripada jabatan itu.

"Kita berharap pihak bertanggungjawab memandang serius perkara ini kerana ia membabitkan sensitiviti umat Islam, selain melanggar peraturan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972," katanya.

Sementara itu, Mohd Yusof berkata, 5PN akan meneruskan pemantauan bagi memastikan pengguna mendapat perlindungan, selain kesedaran peniaga mengenai status logo halal.

"5PN akan terus buat pemantauan sekurang-kurangnya satu laporan pemantauan setiap bulan. Bulan lalu misalnya, melalui pemantauan sama kami dapati 100 produk makanan dan minuman lain diragui kesahihan logo halalnya.

"Sebenarnya, sikap tidak prihatin pengeluar terhadap penggunaan logo halal ini boleh mengelirukan umat Islam dan kesedaran mereka sangat perlu untuk mengelak ia berulang," katanya.

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

Sunday, May 14, 2006

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

IMP vs GMP - Yang mana pilihan anda?

"IMP ialah suatu piawaian yang bertaraf "HALALAN TOYYIBA"; iaitu suatu proses pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut Fizikalnya (yakni tidak ada bahan-bahan haram ataupun kontiminasi dengan bahan-bahan haram) malahan juga suci dari sudut ruhaniahnya.


Apakah IMP?

Secara umumnya pengilangan GMP begitu biasa di kalangan industri pengilangan. GMP ialah pensijilan yang mendapat pengiktirafan dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia. Sementara IMP pula ialah suatu piawaian yang bertaraf "HALALAN TOYYIBA"; iaitu suatu proses pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut Fizikalnya (yakni tidak ada bahan-bahan haram ataupun kontiminasi dengan bahan-bahan haram) malahan juga suci dari sudut ruhaniahnya. Maknanya tangan-tangan yang memproses produk-produk juga suci dan halal iaitulah Islam. IMP akan merangkumi semua proses untuk memastikan piawaiannya bukan sahaja memenuhi kehendak islam malah juga mematuhi peraturan-peraturan dan piawaian lain yang ditetapkan iaitu IMP - Islamic Manufacturing Practice, GMP - Good Manufacturing Practice, HACCP -Persijilan dari Eropah, ISO9002 dan Halal.


Perbezaan antara IMP dan GMP

Secara umumnya adalah satu proses pengilangan yang mementingkan kebersihan yang tinggi supaya produk yang di hasilkan tidak ada kontiminasi bakteria seperti E-coli, Salmonella atau sebagainya. GMP ialah persijilan yang mendapat pengiktirafan dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia (BPFK). IMP: ialah suatu piawaian yang bertaraf "HALALAN THOYYIBA" sejak tahun 2005. Proses pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut Fisikalnya. "Yakni tidak ada bahan-bahan haram ataupun kontiminasi dengan bahan-bahan haram". Malahan juga suci dari sudut rohaniahnya. Maknanya tangan-tangan yang memproses produk-produk juga suci dan halal. Maksud Hadis "Halal itu jelas dan haram itu pun jelas. Di antara keduanya itu ada perkara yang samar (syubhat) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya……"


Proses Pengilangan IMP

Proses pengilangan terbahagi kepada 3:
1) Pengusaha
2) Situasi Kilang & Bahan Mentah
3) Pekerja


Situasi Kilang & Bahan Mentah

1) Susunan dalam kilang mengikut syariat.
2) Tidak ada muzik
3) Ada Nur bacaan Al-Quran
4) Ada kuliah kefahaman tentang IMP, GMP & HACCP (Eropah)
5) Ada kuliah kefahaman agama pada keseluruhan pengurusan & pekerja 3 kali seminggu
6) Sumber bahan mentah hendak lah yang halal dan mendapat pengesahan dari pihak berkuasa dan dari Unit Audit Syariah Dalaman.
7) Peralatan dan bahan mentah mestilah dibersihkan mengikut piawaian syariah. Contohnya: bersih lagi suci iaitu menggunakan air mutlak.


Pekerja

1) Pekerja mestilah Islam dan beriman kepada Allah dan Rasulnya (menutup aurat).
2) Mengetahui hukum thoharah yang berhubung dengan dirinya dan kesucian bahan-bahan peralatan dan bahan mentah.
3) Mengetahui tentang air mutlak dan air mustakmal.
4) Kemampuan membaca Al-Quran kerana banyak doa dan bacaan yang perlu dibaca semasa proses pengilangan.
5) Sentiasa ada air wudhu.
6) Mesti memulakan dengan Bismillah dan doa-doa khusus.
7) Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan.
8) Perempuan yang haid di pindahkan dari bahagian pemprosesan (sementara waktu) ke bahagian lain.


Hikmah Di Sebalik Pengilangan IMP

"Produk yang mampu merubah diri manusia mestilah datang dari kesucian tangan-tangan yang mengusahakannya iaitu suci rohani dan jasmani. Memadai dengan nur wudhu yang sentiasa ada pada operator dan diiringi dengan bismillah di permulaan bekerja serta doa-doa yang di khususkan, nur tersebut akan melimpah masuk ke dalam produk yang akhirnya kita….."

Terlepas dari produk yang ragu-ragu dan terlindung dari kemurkaan Allah. Ianya akan menjadikan kita lebih taat akan perintah Allah dan Rasul. Memakan makanan Halalan Thoyyiba InsyAllah akan merubah 4 perkara iaitu pemikiran, perasaan, jiwa dan budi pekerti.

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

Monday, April 10, 2006

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

Islamic Manufacturing Practice (IMP)

Islamic Manufacturing Practice (IMP) sudah lama diperkenalkan kepada masyarakat Islam samada di Malaysia mahupun di pesada antarabangsa. Ianya kini sedang menunggu pengesahan dan pengikhtirafan secara rasmi dari pihak berkuasa kerajaan. Secara dasarnya ianya merangkumi aspek-aspek berikut :

  • Menggunakan bahan dan sumber (termasuk kewangan) yang halal
  • Menghasilkan produk yang halal, suci lagi bersih dari pandangan syariat Islam
  • Proses penyediaan produk mengikut syariat Islam disetiap peringkat
  • Sangat mengutamakan kebersihan dan kesucian (zahir dan batiniah)
  • Berwudhuk dan berdoa sebelum melakukan pekerjaan
  • Tidak merosakkan alam sekitar

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

Saturday, April 08, 2006

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

Wajibkan Panel Syariah Di Kalangan Pengeluar Makanan



Wajibkan panel syariah di kalangan pengeluar makanan
Oleh: ZUNAIDAH ZAINON

ISU halal dan haram sering menjadi perbahasan orang Islam daripada aspek pemakanan dan penyediaannya sehinggalah kepada soal penggunaan barang-barang keperluan diri.

Dalam usaha menangani masalah ini, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang ditubuhkan pada 1997 sentiasa mengambil langkah proaktif bagi membela hak dan maruah orang Islam.

Koordinator Projek PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, pihaknya banyak menerima aduan pengguna yang ragu-ragu terhadap isi kandungan beberapa produk makanan dan barang keperluan. Di samping itu, mereka juga was-was untuk menggunakan sesuatu produk kerana tidak ada logo halal pada barangan tertentu.

Contohnya, pada Januari tahun ini, PPIM menerima 86 kes aduan daripada pengguna, Februari (43 kes) dan Mac (20 kes) melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dan laman web. Ini jelas menunjukkan betapa masyarakat begitu prihatin terhadap barang-barang makanan dan keperluan harian.

“Kebiasaannya, apabila PPIM menerima aduan pengguna, kami cuba menasihati mereka agar tidak mengambil produk tersebut. Bagaimanapun, jika didapati mengandungi bahan terlarang, pihak kami akan merujuk kepada syarikat berkenaan untuk dapatkan kepastian,” terang beliau mengenai prosedur aduan PPIM.

Menurut Wandy, PPIM hanya bertindak sebagai orang tengah yang menyalurkan maklumat tepat kepada pengguna kerana bidang penguatkuasaan adalah di bawah tanggungjawab pihak berwajib. Misalnya, dalam kes jualan daging khinzir secara terbuka, PPIM hanya bertindak dengan menghantar maklumat berkenaan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya, kebanyakan produk di pasaran hanya menggunakan logo halal untuk mendapatkan pasaran orang Islam. Malah di negara ini tidak ada sebarang akta khusus untuk memantau pemberian sijil halal kepada syarikat-syarikat pengusaha makanan. Bahan-bahan yang digunakan pula hanya berpandu kepada kod-kod tertentu dengan menggunakan bahasa saintifik yang kurang difahami.

Apabila tidak ada undang-undang khusus yang mengawal dan memantau, maka pengeluar bukan Islam sewenang-wenangnya menjual produk makanan yang belum sahih isi kandungannya sama ada halal atau haram. Paling membimbangkan ialah makanan ringan, gula-gula dan coklat yang digemari kanak-kanak mungkin dimakan begitu sahaja tanpa mengambil kira bahan yang digunakan.

"Ibu bapa yang tidak dapat mengenal pasti latar belakang sesuatu produk akan membelinya untuk anak-anak sedangkan ia tidak diiktiraf oleh Jakim," tambahnya yang berpendapat pengguna juga kadang-kadang tidak dapat membezakan antara produk halal atau tidak kerana kurang pengetahuan.

Dalam persekitaran ekonomi di negara ini yang banyak dikuasai pengusaha makanan bukan Bumiputera, secara tidak langsung mereka mengambil kesempatan atas kelemahan pengguna. Misalnya, ada produk makanan yang diimport dari luar negara tetapi dibungkus di negara ini tanpa menggunakan logo halal. Ia dilakukan dengan tujuan mengaut keuntungan dan tidak menghiraukan sensitiviti pengguna Islam.

Industri makanan yang semakin berkembang pesat kini turut menjadi faktor yang mengundang persoalan halal atau haram. Untuk menangani cabaran tersebut, PPIM mengambil beberapa langkah bagi memastikan persoalan halal haram dapat diatasi dengan berhikmah.

PPIM menggesa agar pihak kerajaan mewujudkan Akta Halal supaya tidak timbul salah faham dalam penyediaan makanan yang boleh merugikan pengguna terutama orang Islam. Tindakan undang-undang yang dikenakan kepada pengusaha hanyalah hukuman ringan yang tidak setimpal dengan tindakan mereka.

"Apa yang ada sekarang ialah pembuktian halal atau haram bergantung sepenuhnya kepada pengguna. Kita memerlukan akta atau undang-undang yang boleh menghalang penggunaan logo halal sewenang-wenangnya. Contohnya, bagi penggunaan logo tiruan, Jakim tidak boleh mengambil sebarang tindakan ke atas pengusaha yang tidak menggunakan logonya," ujar beliau.

PPIM turut mencadangkan agar permohonan sijil halal diperketatkan bagi membendung lambakan produk-produk makanan yang tidak halal atau mengandungi bahan terlarang di pasaran. Logo halal amat penting kerana ia berkait rapat dengan ekonomi umat Islam.

Bagi memantau permohonan sijil halal, PPIM menyarankan agar syarikat pengeluar mempunyai panel syariah bagi memantau pengeluaran produk makanan. Di samping itu, pasukan kerja yang dikenali sebagai audit syariah juga diperlukan bagi memastikan bahan-bahan mentah yang digunakan menetapi hukum syarak.

Perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan ialah mewujudkan makmal yang dikendalikan para saintis Islam demi menyahut cabaran penyediaan makanan dalam era teknologi moden. Misalnya, sebuah syarikat pengeluar makanan perlu menghantar sampel mereka untuk diperiksa isi kandungan terlebih dahulu sebelum sijil halal dikeluarkan. Langkah ini secara tidak langsung berupaya mewujudkan jaringan dengan negara-negara Islam dan bukan Islam supaya teknologi yang dibangunkan dapat bertindak sebagai sistem yang diiktiraf.

"Halal adalah sumber kekuatan ekonomi bagi umat Islam yang telah disalahgunakan untuk mengaut keuntungan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu, semua pihak harus berganding bahu bagi memastikan pengguna Islam tidak tertipu," ujar Noor Nirwandy.

Labels:

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

Tuesday, January 24, 2006

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SURECO? - KLIK DISINI

Kenali ROKOK - Tak KENAL Maka Tak BENCI

LANGKAH PERMULAAN YANG BIJAK KEARAH PEMELIHARAAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH